suria
mStar - Urban.Versatil

KKM kesan 503 kes baharu Tibi... Sabah, Selangor catat jumlah tertinggi

Sebanyak 503 kes baharu Tibi dikesan di negara ini.

SEBANYAK 503 kes baharu penyakit Tuberkulosis (Tibi) dikesan sehingga minggu Epidemiologi kelima tahun ini

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penemuan terkini ini menjadikan jumlah kumulatif kes tuberkulosis sebanyak 2,571 di seluruh negara.

Pecahan kes menunjukkan Sabah merekodkan jumlah tertinggi dengan 614 kes, iaitu 23.88 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan. 

Ia diikuti oleh Selangor dengan 476 kes (18.51 peratus) dan Sarawak dengan 257 kes (10.00 peratus).

Johor berada di kedudukan seterusnya dengan 233 kes (9.06 peratus), manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 202 kes (7.86 peratus). 

Pulau Pinang merekodkan 148 kes (5.76 peratus), diikuti Kedah dengan 144 kes (5.60 peratus) dan Perak dengan 127 kes (4.94 peratus).

Jumlah kes yang lebih rendah dilaporkan di negeri-negeri lain, termasuk Kelantan dengan 96 kes (3.73 peratus), Pahang dengan 81 kes (3.15 peratus), Terengganu dengan 60 kes (2.33 peratus), dan Negeri Sembilan yang mencatatkan 58 kes (2.26 peratus).

Sementara itu, Melaka merekodkan 42 kes (1.63 peratus), Perlis 17 kes (0.66 peratus), manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah terendah dengan 16 kes, mewakili 0.62 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada menjelang musim perayaan dan cuti panjang dengan mengamalkan langkah pencegahan seperti etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan sesak.

Artikel Lain