suria
mStar - Urban.Versatil

BookFest @ Malaysia rai ulang tahun ke-20... Angkat tema ‘Read 20, Rise Beyond’

Persembahan orkestra antara keistimewaan BookFest @ Malaysia kali ini.

BOOKFEST @ Malaysia kembali meraikan ulang tahun ke-20  dengan membawa tema Read 20, Rise Beyond, menandakan dua dekad komitmen dalam memperkasa budaya membaca serta menyemarakkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat.

Pesta buku berkenaan akan berlangsung dari 18 hingga 26 Mac depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menawarkan pelbagai pengalaman menarik dan inspirasi kepada pengunjung daripada pelbagai latar belakang.

Mengangkat pembacaan sebagai pemacu kemajuan dan transformasi, BookFest @ Malaysia mengekalkan konsep pesta buku trilingual yang merangkumi bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Penyanyi Priscilla Abby bakal mengegarkan pentas BookFest @ Malaysia.Penyanyi Priscilla Abby bakal mengegarkan pentas BookFest @ Malaysia.

Platform ini terus memperkukuh kedudukannya sebagai medan utama literasi negara, menghimpunkan pembaca, penulis, penerbit serta komuniti untuk berinteraksi dan berkongsi idea.

Meraikan bakat penulis tempatan

Sempena penganjuran kali ini, turut berlangsung POPULAR – The Star Readers’ Choice Awards (RCA) bagi bahan bacaan bahasa Inggeris serta POPULAR – BH Anugerah Pilihan Pembaca (APP) untuk bahan bacaan bahasa Melayu.

Anugerah yang diperkenalkan sejak 2008 itu bertujuan mengiktiraf bakat penulis tempatan merangkumi kategori fiksyen dan bukan fiksyen, selain menggalakkan pembaca mengundi karya kegemaran mereka.

RCA dianjurkan bersama The Star Media Group, manakala APP dianjurkan bersama Berita Harian.

BookFest @ Malaysia akan berlangsung dari 18 hingga 26 Mac depanBookFest @ Malaysia akan berlangsung dari 18 hingga 26 Mac depan

Setiap anugerah merangkumi kategori fiksyen dan bukan fiksyen, yang mana pembaca dijemput untuk mengundi penulis kegemaran mereka dan berpeluang memenangi baucar hadiah POPULAR bernilai RM50 serta e-kad POPULAR percuma selama satu tahun.

Kedua-dua anugerah ini memperlihatkan 10 karya fiksyen dan bukan fiksyen terbaik tahun sebelumnya, yang menjadi bacaan disyorkan oleh POPULAR.

Bagi kategori Fiksyen RCA 2026, antara calon yang tersenarai ialah Charissa Ong menerusi Pseudo-Immortals, Sue Lynn Tan (Immortal), Bella Chu (Drasin Kingdom), N.F. Afrina (Library of Lost Hearts), Kam Raslan (Malayan Spy) dan Han Amin (Once Upon a Time in London).

Selain itu turut tercalon ialah Lily Low (Chronically Online), Ain Nabilah (Thinking of Loving You), Syaznixon (Eau D’Amour) dan Farhah Dhamirah (Get Them Back!).

Sementara itu, kategori Bukan Fiksyen menampilkan nama-nama seperti Steven Sim Chee Keong (Heart of Service: The Untold Story of Dr. M.P.L. Yegappan), Anwar Ibrahim (Rethinking Ourselves), Tan Sri Dr. Lim Wee Chai (Must Know, Must Do, Must Teach), C.P. Bok (Under The Malaccan Sun).

Selain itu ada juga Edmund Terence Gomez (Misgovernance: Grand Corruption in Malaysia), Iffah Nizar (For the Heart That’s Still Hurting), Ezzah Mahmud (When Worries Turn to Hope), Ayesha Syahira (The Beauty of Promised Rizq), Sharifah Nadirah (A Journey Through Betrayal And Back) dan Fuad Abdullah (Tragic Loss: Lessons From A Silent Goodbye).

Pop duo, Fuying & Sam turut memeriahkan BookFest @ Malaysia.Pop duo, Fuying & Sam turut memeriahkan BookFest @ Malaysia.

Keputusan undian akan diumumkan pada Majlis Penyampaian Anugerah RCA & APP yang dijadual berlangsung pada 18 Mac di Pentas Utama, Dewan 1, KLCC.

Tiga penulis terbaik bagi setiap kategori bakal menerima sijil penghargaan, trofi serta hadiah wang tunai.

Sepanjang tempoh promosi hingga 26 April, pembaca boleh mendapatkan kesemua 40 judul terpilih dengan diskaun 20 peratus di semua kedai buku POPULAR dan HARRIS di seluruh negara.

Orang ramai juga dijemput mengundi karya fiksyen dan bukan fiksyen kegemaran masing-masing menerusi laman web rasmi POPULAR, laman web BookFest @ Malaysia serta platform media sosial rasmi penganjur.

Bersempena ulang tahun ke-20 ini, BookFest @ Malaysia mengajak orang ramai untuk terus menyemai budaya membaca dan menjadikan buku sebagai jambatan untuk melangkah lebih jauh, selari dengan tema Read 20, Rise Beyond.

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami