suria
mStar - Urban.Versatil

Emak masuk kedai, anak ditinggal bersendirian atas motosikal maut dirempuh pacuan empat roda  

Seorang kanak-kanak yang ditinggal bersendirian atas motosikal maut dirempuh pacuan empat roda. -Gambar media sosial

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika menunggu ibunya di luar kedai, pada Ahad.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ibu mangsa, Maulidina Mariam, menunggang motosikal dan berhenti di hadapan sebuah kedai di Kampung Cobanjoyo dekat Pasuruan, Indonesia. 

Dia memarkir motosikal di tepi jalan dan masuk ke kedai, manakala mangsa, Daffa Aryan Nabil hanya menunggu di atas motosikal tersebut.

Tidak lama kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan merempuh mangsa.

Impak kuat menyebabkan motosikal dan mangsa tercampak beberapa meter dari lokasi asal. 

Penduduk setempat segera membantu mangsa dan membawanya ke Hospital Dr R Soedarsono, Kota Pasuruan, namun mangsa  tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Pemandu tersebut telah ditahan dan polis masih menyiasat punca kejadian. -Agensi 

 

Artikel Lain