SEORANG bekas imam yang mengaku mempunyai kuasa sakti didapati bersalah atas pertuduhan merogol wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.Abdul Halim Khan, 54, disabitkan atas 21 kesalahan termasuk sembilan pertuduhan rogol, pada Jumaat lalu. Menurut polis, dia menyalahgunakan kedudukannya sebagai pemimpin agama yang dihormati dalam komuniti setempat untuk mencabul ramai wanita dan kanak-kanak perempuan.Imam tersebut berpura-pura mempunyai 'kuasa' dalam merawat ilmu hitam dan sihir sebelum memperdaya dan melakukan penderaan seksual terhadap mangsa-mangsanya.Pihak polis mula mengesan jenayah Khan pada Februari 2018 selepas mangsa termudanya melaporkan perkara itu kepada seorang guru di sekolahnya.Polis kemudian mula menemu bual lebih 50 saksi sebagai sebahagian daripada siasatan terhadapnya. Khan berulang kali menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan ia adalah satu konspirasi yang direka oleh mangsa untuk membalas dendam terhadapnya.Dia didakwa pada 16 Mac 2023.Pada Jumaat, dia didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rogol, empat pertuduhan serangan seksual, dua pertuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah 13 tahun, lima pertuduhan merogol kanak-kanak bawah 13 tahun, dan satu pertuduhan serangan seksual melalui penembusan (assault by penetration).Dia ditahan reman sementara menunggu hukuman di Mahkamah Snaresbrook Crown, London yang akan berlangsung pada 14 Mei depan. - Agensi.