suria
mStar - Urban.Versatil

Ajal ketika dalam perjalanan ke sekolah... Budak perempuan 5 tahun maut diserang anjing liar

Serangan anjing liar boleh mengundang maut. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian sekitar 7 pagi itu, mangsa keluar dari rumah bersama tiga kanak-kanak lain untuk pergi ke sekolah.

Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Muskan, keluar bersama kakaknya, Mehak, 6, dan dua lagi kanak-kanak bernama Naitik dan Sunaina.

Semasa serangan itu, kanak-kanak lain berjaya melarikan diri, namun Muskan cedera parah.

Kejadian berlaku di kawasan Dhaneipur, Uttar Pradesh di India.

Mendengar jeritan mereka, penduduk setempat segera bergegas ke lokasi, menyebabkan anjing-anjing tersebut lari. 

Muskan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti dan kemudian dirujuk ke kolej perubatan, tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Ahli majlis tempatan Pawan Tiwari, Brijbhushan Verma menziarahi keluarga mangsa dan memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil untuk menangkap anjing liar di kawasan tersebut.-Agensi

Artikel Lain