Pesakit hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkah laku ketika mendapatkan rawatan dengan menghormati petugas kesihatan. -Gambar hiasan AI
UMUM mengetahui sektor kesihatan awam mengenakan bayaran yang cukup rendah iaitu RM1 untuk rawatan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan bagi warganegara Malaysia.Keistimewaan itu sewajarnya disyukuri dan dihargai setiap lapisan masyarakat ekoran fasiliti rawatan diberikan amat memadai bagi mereka yang memerlukan. Namun, segelintir pihak dikatakan mula mengambil kesempatan dan memandang rendah terhadap khidmat staf di klinik awam ekoran bayaran yang terlampau rendah.Bayaran RM1 dikenakan pada pesakit warganegara di klinik pergigian awam. -Gambar hiasan AISeorang doktor gigi berkongsi pengalamannya apabila pernah berdepan dengan seorang pesakit yang disifatkan sebagai biadab dalam pertuturan serta tingkah laku dipamerkan."Sebab bayar RM1 ke pesakit boleh biadab dengan staf KKM? Rasanya saya seorang yang cukup bersabar apabila berdepan dengan pesakit.Seorang doktor gigi berkongsi pengalaman berdepan pesakit yang didakwa bersikap biadab ketika mendapatkan rawatan di klinik pergigian kerajaan.Doktor mempersoalkan sama ada bayaran rawatan serendah RM1 menyebabkan segelintir pesakit memandang rendah terhadap staf KKM.Pesakit terbabit dikatakan menjawab secara acuh tidak acuh apabila ditanya mengenai bahagian gigi yang sakit.Lebih mengecewakan, pesakit berkenaan dikatakan mencampakkan kertas resit ketika membuat bayaran di kaunter.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pesakit panggil saya adik, kakak, awak pun saya tidak kisah tapi tadi ada pesakit datang dengan muka ketat. Saya bertanya dengan baik sakit dekat mana, dia jawab tak tahu."Saya cakap puan kena bagitahu gigi yang mana, dia terus tunjuk dengan gaya berlagak. Tanya 10 patah dia jawab sepatah, dengan anak boleh pula 50 patah bercakap," kongsinya di laman Threads.Lebih biadab, individu terbabit dikatakan terus mencampakkan slip ketika membuat pembayaran di kaunter.ARTIKEL BERKAITAN: Staf KKM berang pesakit hina fasiliti kesihatan, silap orang ajak gosip! - “Miskin, lepas tu kufur nikmat”ARTIKEL BERKAITAN: Staf kesihatan terbeban, makin ramai isteri ‘tak bersalah’ dijangkiti HIV gara-gara bersuamikan lelaki biseksualHal itu menurutnya sangat tidak beretika dan seolah-olah satu penghinaan terhadap staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ikhlas bertugas walaupun sekadar bayaran RM1."Pesakit boleh SISPAA staf KKM tapi apa yang KKM boleh bantu untuk lindungi staf mereka daripada pesakit yang perangai macam ini," ujarnya mengakhiri perkongsian.