suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar kolej sedih dipalau rakan sekerja, ‘intern’ hampir tamat tapi dianggap macam tak wujud... Sia-sia berhabis duit sediakan hadiah

Layanan berbeza daripada rakan sekerja sedikit sebanyak boleh meninggalkan kesan kepada emosi seseorang. -Gambar hiasan AI

TEMPOH menjalani latihan industri bukan sekadar peluang untuk menimba pengalaman awal dalam dunia pekerjaan, tetapi menjadi ruang untuk seseorang mahasiswa membina hubungan dengan rakan sekerja.

Berbulan-bulan menghabiskan masa bersama pastinya mencipta pelbagai kenangan, justeru menjelang hari-hari terakhir sebelum latihan industri berakhir, sudah tentu mereka mengharapkan momen perpisahan yang manis sebelum membawa haluan sendiri. 

Namun, berbeza dengan situasi dilalui seorang individu ini yang meluahkan rasa sedih apabila rakan sekerja seolah-olah tidak mengendahkan dirinya menjelang hari terakhir di syarikat berkenaan. 

Kebanyakan pelajar yang bakal menamatkan latihan industri akan diraikan rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

"Esok hari terakhir intern tapi officemate macam tak kisah. Sedih sikit. Dalam dua, tiga hari ini tak bercakap langsung. Kadang-kadang ada juga tegur-tegur, tapi sekarang tak ada seorang pun bercakap.

"Berharap ada la orang tanya, esok last intern kan? Tapi tak ada seorang pun tanya," luahnya.

Individu itu turut memaklumkan sudah menyediakan hadiah perpisahan buat rakan sekerjanya sebagai tanda penghargaan sebelum menamatkan latihan industri selama empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan menyibuk tapi soal dosa!” - Pelajar ‘intern’ tunggu masa bongkar skandal pejabat, terkejut tengok pergaulan bebas

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern panas hati dituduh asyik balik awal, staf kontrak siap ugut gagalkan latihan industri - “Tolonglah jangan jahat sangat”

"Saya dah sediakan hadiah farewell untuk diorang esok, dalam RM80 habis.

"Sebab ada juga dalam kalangan mereka belanja saya makan minum selama empat bulan intern di sini. Saya tak sampai hati nak tinggal kosong macam tu je," katanya.

Namun situasi yang berlaku membuatkan dia seolah-olah hilang semangat dan tertanya-tanya sama ada dirinya ada melakukan sebarang kesilapan sehingga rakan sekerja bertindak menjauhkan diri.

  • Seorang individu sedih apabila rakan sekerja seolah-olah tidak mengendahkannya menjelang hari terakhir latihan industri.
  • Individu itu kecewa kerana tiada rakan sekerja yang bertanya menjelang hari terakhirnya.
  • Dia sudah menyediakan hadiah perpisahan sebagai tanda penghargaan selepas empat bulan menjalani latihan industri.
  • Dia tertanya-tanya sama ada dia melakukan kesilapan sehingga rakan sekerja menjauhkan diri.
  • Netizen menasihatinya agar tidak terlalu berfikir mengenai perkara tersebut.

"Saya masih berharap dapat sambutan last day intern macam kawan-kawan lain. Tapi mereka macam buat tidak peduli pun.

"Tak apalah, mungkin sebab mereka dah tua atau saya yang overthinking," tulisnya.

Di ruanga komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada individu berkenaan dan menasihatinya agar tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

Ada juga berpendapat hubungan di tempat kerja tidak semestinya menjadi rapat seperti diharapkan, selain mengingatkan bahawa keikhlasan seseorang tidak seharusnya diukur berdasarkan layanan diterima.

Artikel Lain