suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar intern panas hati dituduh asyik balik awal, staf kontrak siap ugut gagalkan latihan industri - “Tolonglah jangan jahat sangat”

Layanan buruk yang diterima di tempat kerja ketika menjalani latihan industri boleh menjejaskan emosi seseorang pelajar. -Gambar hiasan AI

LATIHAN industri (internship) merupakan salah satu fasa penting buat pelajar institusi pengajian tinggi bagi menimba pengalaman serta menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan sebenar.

Selain mempelajari tugasan harian dan budaya kerja, hubungan baik dengan majikan serta rakan sekerja juga memainkan peranan penting dalam memastikan tempoh latihan berjalan lancar.

Pastinya sepanjang tempoh tersebut, pelajar berdepan pelbagai cabaran di tempat kerja, termasuk layanan kurang menyenangkan daripada rakan sekerja sebagaimana kisah dikongsikan individu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf senior pening kepala sikap pelajar intern... Datang pejabat tak buat apa-apa, main telefon sepanjang hari

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pertikai kualiti ‘intern’ zaman sekarang, asyik ‘mabuk’ nak bercinta! Ikut kepala sendiri masuk kerja 10.30 pagi

"Dekat office aku ada seorang staf perempuan ini acah terpaling bagus padahal gred rendah plus kontrak je pun.

"Dia WhatsApp aku lepas kerja, tanya kenapa ada dekat kafe pukul 4.30 petang. Dah memang waktu aku balik, memang aku gerak la dari office. Buat apa aku duduk lama-lama sedangkan aku dah boleh balik? 

"Aku jawab, saya memang balik ikut waktu pun every day. Dia kata, masalahnya hari-hari hilang 4.30 petang," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Selain prestasi kerja, sikap seseorang pelajar ketika menjalani latihan industri turut dinilai majikan serta rakan sekerja. -Gambar hiasan AI

Individu itu mendakwa, ketuanya sendiri tidak pernah menegurnya tentang waktu tamat bekerja, sekali gus tindakan kakitangan itu diibaratkan seperti sudu lebih daripada kuah.

Apa membuatkan dirinya bertambah bengang, kakitangan berkenaan turut mengugut untuk menggagalkan latihan industrinya.

"Siap ugut nak gagalkan aku. Aku buat semua kerja on time, datang awal, tak pernah tak buat kerja, tak kacau orang lain, just do my own things? 

"Siap dia cakap, sia-sia je degree tu nanti. Kata-kata dari lepasan diploma yang dengki dengan intern degree," ujarnya.

  • Seorang pelajar intern meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang staf di tempat kerjanya.
  • Staf tersebut didakwa sering menegurnya kerana pulang awal.
  • Lebih mengejutkan, staf berkenaan mengugut untuk menggagalkan latihan industrinya.
  • Pelajar tersebut berkata dia sememangnya pulang pukul 4.30 petang setiap hari kerana ia waktu dia tamat bekerja.
  • Netizen menyarankan pelajar tersebut melaporkan kepada bos atau penyelianya.

Menurut individu tersebut, situasi sedemikian membuatkannya hilang semangat kerana terpaksa berdepan layanan yang didakwa menjejaskan emosinya sepanjang menjalani latihan industri. 

"Tolonglah jangan jadi jahat sangat, kitorang intern datang nak belajar. Tak payah kot nak ugut-ugut, dengki sangat dengan kitorang. Kau buat macam ini, esok lusa orang lain buat dekat anak kau pula," luahnya.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, namun rata-ratanya berpendapat teguran mengenai sikap atau masalah disiplin perlu dilakukan oleh pihak yang sewajarnya.

"Kalau ada collegue datang atau balik kerja tak punctual, dress code tak ikut rules, tak perlu sibuk. Biar je sebab tu kerja HR (sumber manusia).

"Dekat office memang akan ada yang acah terpaling senior. Report je dekat boss, simpan bukti dia tuduh," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain