Pelajar yang menjalani latihan industri sewajarnya memanfaatkan peluang tersebut dengan mempelajari kemahiran baharu. -Gambar hiasan AI
MENJALANI latihan industri bukan sekadar memenuhi syarat pengajian, sebaliknya menjadi peluang untuk pelajar menimba pengalaman sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.Di Threads, seorang individu meluahkan rasa hairan dengan sikap seorang pelatih industri di syarikatnya didakwa lebih banyak menghabiskan masa bersendirian tanpa menunjukkan minat berinteraksi dengan rakan sekerja atau mempelajari perkara baharu. Menerusi perkongsiannya, individu berkenaan mendakwa pelajar tersebut hadir ke pejabat seperti biasa setiap hari tanpa melakukan apa-apa sepanjang hari."Ada intern dekat office. Bercakap dengan orang tak. Berkawan tak. Buat kerja tak. Sampai saya tegur, awak nak kerja kena berkawan dengan orang. "Clock in, clock out. Setiap kali lalu mesti scroll phone je. Komputer on screen kerja," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan buaya atau playboy” - Pelajar intern rimas dapat mesej ‘flirt’ staf lelaki, mengaku dah kahwin tapi tak bahagiaARTIKEL BERKAITAN: Senior pejabat kena ‘sidai’, pelajar intern tak tunjuk muka di majlis perpisahan - “Kami tempah makanan, beli hadiah untuk kamu”Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia tertanya-tanya mengenai tujuan sebenar pelajar berkenaan menjalani latihan industri sekiranya tidak memanfaatkan peluang diberikan untuk menimba pengalaman.Malah, dia turut membandingkan situasi itu dengan pengalamannya ketika menjalani latihan industri suatu ketika dahulu."Saya tak pasti tujuan intern ni. Sebab zaman millennials jalani intern, kita nak dapat score 4.00. Jadi, paling rajin cari score points tolong akak akak abang senior. Memang macam ni ke sekarang? Ke intern tak ada score?" luahnya lagi.Tambahnya, kebanyakan majikan sebenarnya tidak mengharapkan pelajar latihan industri melakukan tugasan yang terlalu berat.Pelajar perlu menunjukkan sikap ingin belajar yang tinggi dengan sentiasa bertanya agar dapat menimba pengalaman baharu. -Gambar hiasan AISebaliknya, mereka hanya berharap pelajar memanfaatkan peluang demi kebaikan diri sendiri kelak. "Kita tak expect awak buat kerja sangat pun. Bercampur dan bantu bila perlu, macam tu je," ujarnya.Justeru, dia berpandangan institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan dalam memberi penerangan lebih jelas kepada pelajar mengenai tujuan serta hasil ingin dicapai melalui program latihan industri."Pihak universiti kena beritahu dan beri gambaran dengan jelas apakah hasil atau manfaat yang dijangka daripada program latihan industri itu.Seorang individu mempersoalkan sikap pelajar intern yang didakwa tidak bergaul dan tidak menunjukkan inisiatif di tempat kerja.Menurutnya, pelajar tersebut hanya hadir ke pejabat dan banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit.Dia membandingkan situasi itu dengan pengalamannya yang lebih aktif ketika menjalani latihan industri.Katanya, majikan tidak mengharapkan intern bekerja keras, tetapi sekurang-kurangnya perlu bergaul dan belajar.Ramai netizen bersetuju serta menggesa pelajar memanfaatkan tempoh latihan industri sebaik mungkin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sebab kalau bagi kerja di anggap salah, jadi perlukah kita sebagai majikan bagi peluang internship kepada pelajar?" kongsinya lagi. Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangannya dan menyifatkan tempoh latihan industri seharusnya dimanfaatkan dengan baik.Ini termasuk mempelajari selok-belok pekerjaan, membina kemahiran komunikasi serta mengembangkan rangkaian profesional yang boleh membantu selepas tamat pengajian."Dulu ada seorang intern, masuk meeting tidur. Dekat meja tidur atau main game. Last last jumpa HR, cakap tak nak dia."Memang pening kalau yang jenis tak tahu hala tuju. Prinsip saya senang. Kamu nak belajar, kamu kena tunjuk kamu betul-betul nak belajar," demikian pandangan netizen.