suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli nasi kandar untuk diri sendiri je... Isteri ‘buang’ nama suami dalam doa, geram perangai kedekut dengan anak bini

Seorang isteri yang baik pastinya akan mendoakan kesejahteraan suami. -Gambar hiasan AI

NAMA suami sebelum ini tidak pernah ditinggalkan dalam doa kini 'digugurkan' oleh seorang isteri selepas kecewa dengan perubahan sikap lelaki berkenaan terhadap keluarga.

Wanita itu mendakwa suaminya bukan sahaja berkira malah mengabaikan keperluan isteri dan anak-anak sehingga terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan rumah.

"Dulu setiap kali doa aku akan doakan suami murah rezeki, sihat dan lindungi dia. Semua yang baik-baik. Tapi perangai dia semakin berubah. Dengan anak bini jadi kedekut.

Isteri semestinya tertekan sekiranya mempunyai suami yang tidak berfungsi dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Barang dapur jarang beli. Ayam sebulan dua ekor. Selebihnya aku yang beli. Tapi hujung bulan lauk dah habis, aku kena masak apa ada je. Nasi putih dengan ayam goreng kunyit dan telur mata kicap.

"Tapi suami tak makan. Dia keluar beli nasi kandar. Kadang nasi kukus lauk berempah. Satu bungkus saja, untuk diri dia sorang. Sejak daripada kejadian itu, aku buang nama dia dalam doa aku," ceritanya.

Dakwa wanita itu lagi, suaminya juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa apabila gagal membayar yuran persekolahan anak serta mengabaikan keperluan harian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanya pandai ‘buat’ anak, tapi culas nafkah... Pasang niat nak kahwin wanita cantik jika dah kaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Berniaga sampai 10 tapak bazar tapi culas nafkah! Wanita ‘sakit mata’ tengok bekas suami hidup mewah, anak pula mengemis kasih sayang

"Yuran sekolah anak dia dah tak bayarkan. Pampers anak habis pun dia buat tak tahu je. Semua aku yang kena tambah bila habis. Duit belanja untuk anak-anak kami dia tak pernah bagi.

"Anak dia dah tak bawa pergi solat Jumaat. Dulu dia buat macam ini, aku boleh terima. Telan je. Ingat bila dia terlantar sakit, tak boleh jalan pun bini jaga.

"Aku bawa dia pergi fisiologi sampai boleh berjalan dan bekerja. Ingat dah insaf. Sekarang aku terlalu sakit hati. Tengah malam bangun mengadu dalam solat. Apa nak jadi dekat dia pun jadi la," cerita wanita itu.

  • Isteri nekad 'buang' nama suami dalam doa.
  • Suami didakwa berkira dengan anak dan isteri.
  • Barang dapur, yuran sekolah anak didakwa diabaikan.
  • Suami didakwa beli makanan untuk diri sendiri saja.
  • Netizen titip doa dan kata-kata semangat buat isteri.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan selain menyifatkan tindakan suaminya sebagai tidak wajar.

"Itu sangat pelik. Lelaki sebagai figura seorang bapa dan suami beli satu bungkus je nasi. Selalunya beli lebih berbungkus-bungkus.

"Jangan doakan dia tapi untuk diri dan anak awak. Semoga rezeki sis mengalir seperti air zam-zam tak pernah putus. Diberi kesihatan baik buat sis dan anak-anak. 

"Anak berjaya dunia akhirat, jaga solat dan puasa. Kalau bapa dia tak buat, jangan sampai mak tak buat juga," komen beberapa netizen mendoakan kesejahteraan wanita itu.

Artikel Lain