suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak kencing pun kena rekod sistem, siap imbas kad ID depan pintu… Wanita dedah polisi pelik syarikat pantau pekerja

Membuang air kecil dan besar merupakan fitrah bagi setiap manusia. -Gambar hiasan AI

SETIAP syarikat atau organisasi mempunyai peraturan berbeza-beza yang perlu dipatuhi oleh para pekerja.

Menurut seorang wanita, dia pernah bekerja di sebuah syarikat yang didakwa mengamalkan polisi tidak masuk akal sehingga menyusahkan kakitangan.

"Saya pernah kerja di syarikat yang mana pekerja perlu update dalam sistem untuk pergi kencing. Sampai pintu tandas, kena imbas kad identiti (ID) pekerja.

Ada segelintir pekerja yang kerap ke tandas untuk curi tulang. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu, siap ada senarai nama siapa yang paling lama duduk dalam tandas. Ketua akan highlight nama tu dan tampal dekat dinding.

"Jadi satu jabatan akan tahu nama anda," tulis wanita itu menerusi perkongsian di aplikasi Threads.

Menurut beberapa lagi individu di ruangan komen, mereka juga pernah berkhidmat di syarikat yang mengamalkan peraturan serupa.

  • Wanita raih perhatian selepas kongsi cerita tentang syarikat lamanya.
  • Dia mendakwa setiap pekerja tidak boleh pergi ke tandas sesuka hati.
  • Pekerja juga akan dimalukan jika mereka didapati luang masa lama di tandas.
  • Beberapa individu berkongsi mereka juga pernah bekerja di syarikat dengan peraturan sama.

"Saya pernah kerja di syarikat macam ni. Katanya ada pekerja keluar pejabat tanpa sebab. Jadi kalau nak berak pun kena maklumkan dalam grup. Dalam grup tu, pengarah pun ada.

"Sama la, nak berak atau kencing pun kena log dekat sistem. Tapi datanya 100 peratus tepat. Jadi kalau bos tak suka anda pun, dia tiada point nak rendahkan anda masa appraisal... telus je.

"Bos aku pernah ikut sampai tandas. Aku rasa bangga sebab bos sayang sampai bau tahi pun dia nak hidu. Nak cuci gelas pun tak boleh ikut waktu kita," tulis beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: ID disalah guna songlap RM500,000 duit syarikat, wanita sumpah bekas bos hidup susah selamanya - "Ya, aku bodoh percayakan dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Ghairah jual 4 produk viral, semua gagal! Usahawan belajar dari kesilapan, kongsi 3 'bahaya' buka bisnes ikut trend

Menurut pelayar Threads yang lain, perkongsian berkenaan ternyata membuka mata tentang realiti yang kadangkala tidak pernah terlintas di fikiran mereka.

"Komen-komen ni semua buat aku bersyukur dapat syarikat yang baik. Nak berak sembelit lama pun tiada siapa kisah.

"Aku memang tak boleh hidup kalau kerja dengan syarikat macam ni. Waktu pagi pun aku dah tiga ke empat kali pergi tandas," tulis netizen lagi.

Artikel Lain