BUKAN semua perkara mudah untuk dibangkitkan dalam sesebuah hubungan percintaan, apatah lagi apabila ia melibatkan soal duit.Begitulah dilema berat yang sedang dihadapi seorang wanita apabila dia mengakui buntu memikirkan cara terbaik untuk meminta teman lelakinya berkongsi kos petrol setiap kali mereka keluar berjanji temu menggunakan kenderaan miliknya. Bagi wanita itu, dia cuma tertanya-tanya sama ada pembahagian perbelanjaan mereka ketika keluar bersama selama ini sudah dianggap adil atau sebaliknya."Macam mana nak minta boyfriend isi minyak kereta? Dia pandu kereta saya setiap kali kami keluar bersama.Wanita tidak sepatutnya mengharapkan lelaki untuk tanggung semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama. -Gambar hiasan AI"Tapi akhirnya, kalau pergi isi minyak tu... dia mesti minta duit saya. Saya jadi terkedu. Tapi keluar makan memang duit dia."Jadi patut ke minyak saya bayar sebab dia dah bayarkan duit makan kami? Tapi itu la saya selalu ambil dan hantar dia ke rumah," luah wanita itu di Threads.Perkongsian jujur itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya berpendapat bahawa perkara sedemikian wajar dibincangkan secara terbuka agar kedua-dua pihak jelas mengenai agihan perbelanjaan bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum kahwin dapat layanan ‘princess’, teman lelaki mewahkan dengan duit... Hari-hari ‘dating’ belanja RM100!ARTIKEL BERKAITAN: Keluar 'first date', wanita minta nak bayar makan! Pemuda kini faham maksudnya, dah terkena sekali"Cuba minta dia isikan minyak dengan alasan awak tak ada duit yang cukup sampai masuk gaji seterusnya. Tengok la reaksi dia macam mana. Kadang laki ni memang semua benda kena cakap."Mungkin pada dia, aku dah belanja makan. Kau keluar duit minyak la. Apa-apa pun komunikasi tu penting. Bincang perbelanjaan untuk setiap kali keluar. Siapa bayar makan, duit minyak dan bayarkan bowling," komen beberapa netizen.Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpandangan wanita itu perlu menerima konsep berkongsi kos perbelanjaan sekiranya tidak mengharapkan pasangan menanggung segalanya.Wanita keliru soal duit minyak ketika 'dating'.Teman lelaki bayar makan, minta duit isi petrol.Netizen gesa pasangan bincang soal perbelanjaan.Ada yang anggap belanja 50-50 lebih adil.Wanita takut teman lelaki ambil kesempatan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Gaya awak ni tak boleh 50-50 (separuh-separuh) dengan dia. Baik awak cari yang boleh penuhi semua tu atau teruskan membujang. Nanti kalau sudah berumah tangga lagi bermasalah," ujar seorang netizen beri pendapat.Membalas komen tersebut, wanita itu menjelaskan dia bukan berniat untuk berkira, sebaliknya bimbang pasangannya akan mengambil kesempatan seperti yang pernah berlaku dalam hubungan terdahulu."Saya takut nanti dia ambil kesempatan je macam past relationship dulu. Tapi kadang-kadang saya tak naklah berkira sangat," jelasnya.