JANJI temu pertama atau ‘first date’ menjadi perkara penting untuk membuat penilaian awal terhadap individu yang mahu dijadikan pasangan.
Pertemuan itu seolah-olah menjadi penanda aras tentang sejauh mana kemesraan dan hubungan dapat dijalinkan dengannya.
Seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika kali pertama keluar 'dating' bersama seorang wanita.

Wanita tidak sepatutnya memberi kepercayaan penuh kepada lelaki yang baru dikenali. -Gambar hiasan AI
Menurutnya, dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya pada tahun lalu itu selepas membaca teori berkaitan tingkah laku wanita ketika pertemuan pertama.
"Aku pernah baca, jika perempuan belanja pada pertemuan pertama bermaksud dia tak berminat nak teruskan (hubungan).
"Aku teringat situasi dia bersungguh nak bayar... memang seterusnya dia tak mahu jumpa," ujarnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bongkar sisi hitam ‘dating app’, lelaki imej alim minta tolong onani dalam kereta - “Ingatkan dah jumpa bakal imam”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikecam lepas dedah wajah suami orang menggatal di aplikasi janji temu
Menganggap teori tersebut sebagai benar, dia turut menyatakan wanita terbabit enggan berjumpa dengannya lagi selepas pertemuan pertama.
Malah, hubungan antara mereka juga tidak berlanjutan.
- 'First date' sering jadi penanda aras untuk nilai keserasian pasangan.
- Lelaki kongsi pengalaman wanita bersungguh mahu bayar makan.
- Ketika itu dia tak tahu tindakan itu petanda tiada minat.
- Hubungan mereka tidak berlanjutan selepas pertemuan pertama.
- Netizen setuju bahasa tubuh dan tindakan kecil boleh beri isyarat minat atau sebaliknya.
- Ada juga komen lucu warganet tentang “test nak belanja” dan elak dituduh makan percuma.
"Tahun ni tak ada jumpa sesiapa, tahun depan tak tahu," ujarnya yang menerima ketentuan ini dengan hati terbuka.
Perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai bersetuju bahawa bahasa tubuh dan tindakan kecil ketika ‘first date’ mampu memberi isyarat bahawa si dia berminat atau sebaliknya.

Antara komen yang mencuit hati.
Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati mengenai hantarannya.
"Kalau abang berpandangan jauh, setiap bulan ada 'first date' dan setiap bulan dibelanja.
"Dia tengah test nak belanja, tapi kalau awak cepat bayar memang awak selamat.
"Sebab dia tak mahu dituduh nak makan percuma," demikian antara reaksi netizen.


