suria

Kerabat tak kisah dipanggil kakak, orang biasa datang kedai tayar mahu ikut protokol - “Dik, panggil puan ye, tak kampung sangat”

Budi bahasa adalah penting kerana ia melambangkan peribadi seseorang. -Gambar hiasan AI

SEORANG bekas juruwang rangkaian kedai mainan popular berkongsi pengalaman tidak disangka ketika melayan seorang kerabat diraja.

Menurutnya, ketika itu seorang wanita bersama dua pengawal peribadi masuk ke premis tempat dia bekerja dan berjalan-jalan seperti pelanggan biasa.

Semasa wanita itu ingin membuat bayaran, pekerja berkenaan menjalankan tugas seperti biasa, termasuk mempromosikan keahlian rangkaian kedai tersebut.

Lelaki mudah bergurau walaupun dengan individu yang baru dikenali. -Gambar hiasan AI

"Aku bagi la penerangan mengenai diskaun dan sebagainya. Dia dengar je penerangan aku.

"Aku panggil dia kak je. Dia pun macam tak kisah. Dia ramah dan tak sombong," cerita lelaki tersebut mengimbas apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan 'sound' juruwang tipu mesin imbas MyKad rosak, tak boleh guna SARA - “Jangan nak mengencing aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ‘plot twist’ kes gelandangan ditendang... Mangsa didakwa buang air merata! - “Kasut pelanggan pernah kena berak”

Namun selepas pelanggan itu beredar, rakan sekerjanya yang turut berada di situ menegur tindakannya kerana memanggil wanita berkenaan 'kak'.

"Lepas perempuan tu pergi tiba-tiba kawan aku sound. Kenapa hang panggil dia kak? Hang nak mampuih ka?

"Kawan aku beritahu dia tu kerabat diraja Perlis. Tengok membership form dekat ruangan alamat bertulis Istana Perlis," katanya. 

  • Pekerja tersedar pelanggan dipanggil “kak” ialah kerabat Perlis.
  • Kerabat itu relaks dan tak kisah soal gelaran.
  • Rakannya tahu selepas lihat alamat “Istana Perlis”.
  • Dia bandingkan dengan pelanggan biasa yang marah dipanggil “kak”.
  • Katanya pelanggan lelaki lebih senang, panggil “bos” saja.

Pekerja berkenaan mengakui terkejut tetapi menyifatkan pengalaman tersebut mengajar mengenai kerendahan diri boleh datang daripada sesiapa pun, termasuk golongan bangsawan.

Dia berkongsi pengalaman itu sebagai memberi reaksi hantaran seorang pekerja kedai tayar yang ditegur seorang pelanggan wanita kerana memanggilnya kakak.

"Dik, panggil puan ye? Baru profesional, tak nampak kampung sangat," kongsi lelaki itu mengenai kenyataan wanita tersebut.

Kata pekerja itu lebih mudah berurusan dengan pelanggan lelaki yang masing-masing membahasakan diri dan individu tidak dikenali sebagai bos.

"Walhal dua-dua kuli. Tiada isu pun," katanya.

Artikel Lain