suria

Rumah diserbu pukul 3 pagi, pegawai penguasa agama geledah almari cari lelaki! - “Kenapa awak pakai seksi?”

Ada prosedur yang perlu dipatuhi dalam operasi khalwat. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila rumah sewanya didatangi pegawai pejabat agama selepas disyaki terlibat dengan aktiviti khalwat.

Menurut wanita itu, dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi pegawai terbabit mengetuk pintu dengan kuat dan menjerit mencari lelaki di rumah tersebut. 

Malah, semua almari pakaiannya turut diselongkor oleh pegawai tersebut.

Sikap sibuk jiran tertangga kadang-kala menyusahkan orang sekeliling. -Gambar hiasan AISikap sibuk jiran tetangga kadang-kala menyusahkan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Ketuk rumah macam nak roboh. Apabila dah buka menjerit tanya mana lelaki? Sorok mana? Buka semua almari lepas tu tengok tiada.

"Tiba-tiba tanya... kenapa awak pakai seksi? Awak ni Melayu ke? Cara masuk ambush memang tak boleh bincang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda muda stres 3 kali rumah diserbu pejabat agama, jiran tak percaya status mahram - “Awak cantik, sebab tu ada yang dengki”

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia anak tak sah taraf terbongkar di pejabat kadi! Bapa akhirnya mengaku pernah terlanjur dengan ibu sebelum nikah

Paling tidak disangka, dakwa wanita itu pegawai berkenaan turut meminta nombor telefonnya.

"Tak lama selepas tu dia mesej tanya... awak free ke? Saya nak ajak awak keluar minum, ada benda nak bincang.

"Aku balas kepala bapa kau," katanya yang kecewa dengan etika pegawai tersebut.

  • Wanita didatangi pegawai agama pukul 3 pagi kerana disyaki khalwat.
  • Pegawai menjerit, menyelongkar almari, dan bertanya tentang lelaki di rumah.
  • Wanita turut dipersoal tentang pakaian dan asal-usulnya secara tidak sopan.
  • Pegawai didakwa meminta nombor telefon dan ajak keluar minum.
  • Netizen menasihatkan wanita berhati-hati dan pastikan kehadiran polis semasa serbuan.

Wanita tersebut mengulas isu berkenaan selepas membalas hantaran seorang wanita lain yang mempersoalkan adab pegawai pejabat agama ketika melakukan operasi khalwat.

"Bagus dah cuba cegah maksiat tapi adab kat mana? Pegawai pejabat agama tak diajar untuk beradab?" soalnya.

Perkongsian wanita itu menarik perhatian netizen lain yang mendakwa pernah melalui pengalaman yang hampir sama.

"Dah kahwin dan mengandung, diserbu tengah malam. Kena tengking dan ditanya anak siapa yang dikandung. Tak ada adab langsung," katanya.

Ada juga warga maya menasihatkan para wanita agar jangan sesekali membuka pintu kerana dikhuatiri penjenayah yang cuba mengambil kesempatan.

"Pastikan ada polis, minta polis tunjuk kad kuasa, tunjuk waran jika ada. Rakam sekali proses serbuan tu dan minta salinan senarai barang jika ada yang dirampas," katanya.

Artikel Lain