KEBANYAKAN isteri masa kini mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding suami.
Malah medan sosial sering menjadi luahan keluhan kaum Hawa yang terbeban dengan ekonomi keluarga kerana terpaksa menanggung perbelanjaan bulanan.
Namun situasi berbeza dialami wanita ini meskipun memiliki gaji lumayan berbanding suaminya.
Wanita itu meluahkan kebimbangan selepas anak-anaknya mengetahui perbezaan gaji yang diperolehnya dan suami.

Kanak-kanak pasti berasa gembira apabila dapat bersama ibu dan ayah mereka. -Gambar hiasan AI
"Aku tahu pasangan yang berkahwin sekarang ini memang gaji isteri lebih tinggi berbanding suami dan akulah salah seorang tu.
"Anak-anak aku tahu (tentang gaji) pada akhir Oktober lalu sebab cikgu minta semua kemas kini borang bantuan untuk tahun hadapan.
"Biasanya aku tak isi pun sebab dah tahu tak akan dapat, tapi kali ini cikgu bagi amaran semua pelajar wajib pulangkan borang," ujarnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bangga bergaji besar, sering mewahkan diri sendiri! Cuma kecewa tak dapat melancong sebab suami gaji kecil
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ego, rasa diri ‘terpaling’ betul sebab gaji besar... Suami banyak makan hati daripada bahagia, punah impian miliki pasangan manja
Menurut wanita ini, bermula daripada itulah persepsi negatif dalam diri anak-anaknya mula timbul.
Malah ada antara anak lelakinya yang mula mengimbau setiap bayaran yang dibuat olehnya sepanjang tempoh percutian sebelum ini.
"Anak-anak dah tahu yang gaji mommy dua kali ganda daripada daddy. Mereka pun akhirnya sedar dan cakap... patutlah masa holiday, mommy yang swipe card," tambahnya.
- Anak-anak tahu gaji mommy lebih tinggi lepas isi borang bantuan.
- Mereka ingat mommy bayar semua sebab selalu swipe card.
- Mommy jelaskan daddy yang tanggung keperluan rumah.
- Mommy cuma bayar benda kehendak seperti holiday.
- Nak anak-anak terus hormat daddy walaupun gaji berbeza.
Dia yang mula bimbang dengan persepsi tersebut tampil menjelaskan bahawa suaminya adalah satu dalam sejuta kerana tidak pernah culas dalam memberi nafkah.
"Sejak awal perkahwinan daddy bagi duit nafkah pada mommy, jumlah lebih banyak apabila daddy dapat bonus.
"Apabila ada kenaikan gaji, nafkah pun bertambah dan rumah serta bil elektrik dibayar daddy," ujarnya menjelaskan tentang proses pengurusan kewangan dia dan suami.
Mengulas tentang bayaran yang dibuat sepanjang percutian, ujar wanita ini, apa yang dibelanjakan adalah kehendak dan bukannya keperluan.

Warga maya memuji tindakannya menjelaskan perbelanjaan rumah kepada anak-anak.
"Mommy bayar semua kehendak macam percutian, Internet... perkara yang tiada pun boleh hidup kecuali tadika dan transit anak-anak.
"Kenapa? Sebab mommy yang pilih untuk kerja. Tapi duit poket korang ke sekolah tetap daddy yang sediakan," tambahnya.
Bagi wanita ini, dia perlu menjelaskan setiap perbelanjaan yang dibuat bagi mengelakkan anak-anaknya hilang rasa hormat terhadap bapa mereka.
Tambahan pula, rahsia gaji telah terbongkar.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan suaminya sebagai lelaki bertanggungjawab dan contoh bapa mithali.
Ramai juga bersetuju bahawa pendedahan awal mengenai peranan dan pengorbanan ibu bapa penting untuk membentuk anak-anak yang lebih menghargai usaha kedua-dua belah pihak.


