suria

Rasa macam salah pilih suri hati, lelaki geram isteri buat perangai gila suruh pulangkan anak angkat! - “Dia nak putih melepak”

Perselisihan faham antara suami isteri boleh beri kesan emosi kepada anak. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan sudah pasti mempunyai perancangan tertentu sebelum berkahwin, namun tidak semua impian mereka berjalan seperti yang diharapkan.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan apabila rumah tangga yang dibina mula goyah disebabkan isu anak angkat.

Menurut perkongsiannya di Threads, sebelum berkahwin dia dan isteri sudah mencapai persetujuan awal untuk tidak memiliki anak kandung sendiri.

"Aku setuju untuk dia tak mahu anak kandung dan dia setuju untuk aku ambil anak angkat, ini perjanjian sebelum kahwin.

Suami isteri perlu ada persetujuan bersama sebelum membuat keputusan. -Gambar hiasan AI

"Dia tak mahu anak sebab tak nak mengandung dan menyusu... nanti berubah bentuk badan. Aku pula tak kisah bab tu asalkan boleh ambil anak angkat," ceritanya.

Segalanya berjalan baik seperti dirancang apabila mereka mengambil seorang bayi sebagai anak angkat dan kini sudah berusia setahun tiga bulan.

Namun, konflik mula tercetus apabila isterinya tiba-tiba meminta bayi tersebut ditukar dengan alasan anak itu tidak memenuhi ciri fizikal seperti yang diinginkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terus menyinga, geram anak 10 tahun minta belikan kostum haiwan - “Kau nak pakai pergi mall lepas tu?”

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas cari servis anak angkat, tawar apartment sebagai habuan… Duit pencen, simpanan pun menanti

"Aku rasa macam tersilap kahwin dengan orang gila. Dah 15 bulan lapan hari ambil anak angkat, tiba-tiba dia suruh tukar sebab anak tak cantik. Dia nak yang putih melepak.

"Aku dah jaga anak aku daripada dia merah lagi. Tak discharge lagi aku dah pergi jaga dekat NICU," ujarnya lagi.

Pengadu turut mendedahkan bahawa isterinya tidak begitu rapat dengan anak angkat mereka.

"Isteri aku memang tak rapat dengan anak. Tapi dia menyusu juga sebab dia yang nak buat. Aku dah cakap tak payah.

  • Pasangan sepakat tiada anak kandung dan memilih untuk mengambil anak angkat.
  • Isteri dikatakan tidak mahu mengandung kerana takut perubahan bentuk badan.
  • Selepas 15 bulan, isteri mahu tukar anak angkat kerana rupa tidak memenuhi kehendak.
  • Lelaki berat melepaskan anak yang dijaga sejak NICU.
  • Netizen simpati dan nasihatkan lelaki terus jaga anak itu.

"Biar mak atau kakak aku yang susukan sebab nanti dia marah anak tu pula. Lagipun keluarga aku memang dah bercampur, banyak yang ambil anak angkat susuan.

"Sekarang isteri suruh aku pilih dia atau anak. Memang dia ingat aku nak pilih dia lagi ke? Gila," ujar lelaki itu.

Susulan luahan itu ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyatakan simpati terhadap lelaki berkenaan.

"Kesian, bertabahlah pengadu. Jagalah anak angkat kau sebaik mungkin. Beri penuh kasih sayang.

"Orang yang gila sebenarnya adalah pasangan lelaki dan perempuan yang kahwin tapi rancang tak nak ada anak tanpa tahu subur ke tak," komen beberapa netizen.

Artikel Lain