SEORANG remaja meluahkan rasa tertekan apabila berdepan dengan sikap adik perempuannya yang disifatkan semakin diluar kawalan dan biadab terhadap ahli keluarga.
Lebih membimbangkan apabila dia mendedahkan usia adiknya barulah 10 tahun.
"Adik saya baru berusia 10 tahun tapi perangai jahat gila, hari itu ayah saya rampas telefon dia sebab markah ujian sangat rendah.

Anak mudah terasa hati apabila ibu bapa melebih-lebihkan anak yang lain. -Gambar hiasan
"Jadi dia mengamuk dan guna telefon saya untuk pujuk ayah walaupun dah cakap rampas untuk tempoh seminggu je," dedahnya di laman Thread.
Adu remaja berusia 14 tahun ini lagi, tingkah laku adiknya semakin melampau apabila turut mengganggu ibunya yang sedang bekerja.
ARTIKEL BERKAITAN: Diberi makan sedap, belikan motosikal baharu... Gadis terkilan mak ayah lebih sayang anak lelaki, disuruh makan sisa 'fast food' adik
ARTIKEL BERKAITAN: Adik bongsu belajar tak tinggi jadi beban keluarga, baran suka melawan! Paling biadab berani tuding jari sampai ke muka ibu
Malah kanak-kanak terbabit sering mengeluarkan kata-kata kesat apabila kemahuannya tidak dituruti.
"Dia main permainan Roblox, setiap kali nak login dia akan spam call mak yang kerja sebagai pramugari sebab guna emel mak.
"Selalu mencarut dan panggil saya sl*t sebab tak belikan dia Robux sedangkan apabila suruh kemas, dia malas.
- Remaja 14 tahun luah tertekan dengan sikap adik 10 tahun yang makin biadab dan sukar dikawal.
- Adik mengamuk bila telefon dirampas, guna telefon kakak dan spam call ibu yang bekerja.
- Kanak-kanak itu turut carut, minta dibelikan Robux dan enggan membantu kerja rumah.
- Sikapnya makin teruk, hanya fikir diri sendiri hingga kakak tertekan emosi.
- Netizen nasihat ibu bapa lebih tegas kawal gajet dan bimbing anak kecil bentuk sahsiah serta emosi.
"Kalau ditegur, dia akan suruh saya diam... diamlah tak ada siapa cakap dengan kau," tambahnya.
Situasi didakwa bertambah buruk apabila adiknya terlalu biadab dan pentingkan diri sehingga dia pernah mendoakan kanak-kanak itu meninggal dunia.
"Jangan sampai aku tikam kau... derhaka punya anak! Aku harap dia mati cepat," luahnya dalam nada geram.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai khususnya yang menasihati ibu bapa agar mengawal penggunaan gadjet anak-anak.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.
Ramai turut mengingatkan bahawa kanak-kanak seusia itu masih memerlukan bimbingan konsisten untuk membentuk sahsiah, kawalan emosi dan rasa hormat terhadap orang lain.
"Sebab inilah kita patut banned media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun.
"Memang patut Roblox di banned di Malaysia, hari itu ada kes abang sembelih adik sebab Roblox.
"Keluarga saya potong Internet dah dekat setahun sebab adik usia tujuh tahun mengamuk kalau tak dapat telefon mahupun televisyen," demikian reaksi netizen.


