suria

Wanita pertikai YB kawasan enggan bantu warga asing terjejas banjir... Dakwa masih fikir soal undi ketika musibah

Bantuan disalurkan kepada golongan memerlukan. -Gambar hiasan AI

"DAHULUKAN rakyat Malaysia".

Demikian antara reaksi warga maya terhadap seorang wanita yang mempersoalkan sikap pilih kasih ahli politik ketika menghulurkan bantuan ketika musim banjir.

Dakwa wanita itu, wakil parti politik berkenaan berlalu pergi selepas mengetahui lokasi yang dihadiri dihuni pekerja warga asing.

Beberapa kawasan penempatan dan ladang sawit terjejas akibat banjir. -Gambar hiasan AI

Beberapa kawasan penempatan dan ladang sawit terjejas akibat banjir. -Gambar hiasan AI

"Abang saya pergi tengok pekerja ladang yang kebanyakannya warga Bangladesh, mereka duduk di dewan sementara sebab banjir.

"Pada masa tu datang seorang wakil politik, gayanya seperti ingin menghulurkan bantuan.

"Tapi apabila dia turun Hilux dan nampak majoriti bukan rakyat tempatan... terus dia pusing balik," dakwanya di Thread tanpa mendedahkan lokasi situasi itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru bersalin anak ke-7 ‘sound’ JKM! Sepatutnya bagi bantuan, bukan nasihat suami suruh kerja lebih gigih

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar T20 terkilan kena buat 'part-time', rakan B40 'sedap' berbelanja sakan beli barang mewah guna duit bantuan

Wanita ini turut mendakwa, individu berkenaan bukan sahaja mengelak untuk menyalurkan bantuan  di ladang terbabit malah menyatakan dia perlu menuju ke lokasi lain.

Hal tersebut membuatkan dia mempersoalkan sikap perikemanusiaan dan empati berikutan warga asing turut terjejas disebabkan bencana banjir.

"Bukan rakyat Malaysia tak layak dibantu atau kerana mereka tidak boleh beri undi?

  • Wanita persoal wakil politik elak bantu pekerja asing mangsa banjir.
  • Dakwa ahli politik terus berpatah balik lepas lihat majoriti bukan rakyat tempatan.
  • Wanita kesal, kata mereka juga manusia yang terjejas banjir.
  • Netizen balas: bantuan negara biasanya untuk warganegara sahaja.
  • Ramai tegaskan pekerja asing adalah tanggungjawab majikan dan kedutaan.

"Mereka juga manusia, sama-sama kena banjir dan susah," tambahnya lagi.

Persoalannya itu mengundang pelbagai jawapan daripada warga maya.

Ramai yang berkongsi situasi dialami rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai, Thailand ketika negara itu dilanda banjir.

Warga maya menyatakan rasionalisasi tindakan wakil politik berkenaan.

Warga maya menyatakan rasionalisasi tindakan wakil politik berkenaan.

"Dekat Thailand, bantuan kerajaan pun hanya untuk rakyat mereka dan pelancong kena redah air banjir cari makanan sendiri. Ada seorang pemanggil stesen radio tu cerita macam mana dia merayu makanan di sana, tapi tentera tak layan pun.

"Bantuan memang peruntukan untuk rakyat Malaysia, kalau dah warga asing... menyeleweng namanya. Pandai bawa masuk, pandai-pandailah majikan jaga.

"Pekerja asing tanggungjawab majikan dan kedutaan negara mereka. Ahli politik kita perlu dahulukan rakyat Malaysia sebab sumbangan tu hasil cukai rakyat Malaysia," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain