SEORANG individu meluahkan rasa tertekan apabila hubungan dengan ibunya semakin retak hingga tidak bertegur sapa selama seminggu gara-gara isu kewangan.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita yang merupakan anak sulung itu mendakwa dia sering menjadi tempat ibunya bergantung setiap kali melibatkan soal duit.
Menurutnya, si ibu yang kini berusia 60 tahun masih dikelilingi hutang melibatkan orang sekeliling, kutu dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
"Tiap kali bagi duit je, semua habis untuk bayar hutang. Disebabkan aku yang lebih berkerjaya dan masih bujang, semua hal mak letak atas bahu aku.

Ibu bapa perlu berlaku jujur dengan anak-anak mengenai masalah hutang yang ada. -Gambar hiasan AI
"Kalau diingatkan balik, dulu mak tak setuju aku sambung belajar. Kononnya tak ada siapa nak tolong dia berniaga, nanti bisnes dia melingkup.
Memang ternyata lepas aku sambung belajar, bisnes mak lingkup dan terpalit hutang," katanya mengimbas apa yang terjadi.
Tambah wanita itu, lebih menyedihkan apabila hanya dia sahaja perlu menanggung masalah kewangan ibu yang tidak berkesudahan walaupun mempunyai ramai lagi adik-beradik.
"Adik-beradik aku yang lain tak membantu walau ada lapan orang. Kadang aku tengok mereka hidup senang, memang tak peduli hal mak aku.
"Bertegur pun jarang-jarang. Tapi anak yang baik dan prihatin macam aku ni la mangsanya," ujarnya sayu.
ARTIKEL BERKAITAN: Berkat bedung anak patung, kini suami ligat mengasuh bayi sulung! Isteri lega, tak sia-sia masuk kelas ibu mengandung
ARTIKEL BERKAITAN: Diminta jaga bayi baru lahir, makcik kepochi sibuk jaja cerita si ibu dalam pantang! Pergi spa dilabel 'feeling' mak datin
Jelas pengadu lagi, kemuncak konflik antara mereka berlaku minggu lalu apabila dia memberi wang belanja kepada ibunya untuk ke pasar.
Apa yang membuatkan wanita ini berasa geram, duit tersebut didakwa diberikan pula kepada sepupunya yang mempunyai masalah ketagihan dadah.
"Aku bagi duit saku dekat mak untuk pergi pasar tapi duit tu diberikan kepada sepupu aku yang penagih. Apa lagi, naik angin la aku.
"Yang nak marah, mak bela si penagih tu sehingga gaduh besar dengan anak sendiri. Seminggu tak bertegur.
- Wanita luah hubungan dengan ibu tegang kerana isu duit.
- Dia sering jadi sumber kewangan keluarga.
- Ibu berusia 60 tahun masih terbeban hutang kutu dan AIM.
- Puncak konflik bila duit belanja pasar diberi kepada sepupu penagih.
- Netizen simpati dan nasihatkan dia lebih tegas dalam hal kewangan.
"Tapi lepas aku tegur ibu semula... ayat pertama keluar daripada mulut dia ialah nak duit. Mungkin situasi anda semua tak sama dengan aku," jelas wanita itu.
Perkongsian wanita itu meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya.
"Buat saja macam adik-beradik lain sebab yang lain tak kena macam awak. Kadang dengan mak sendiri ni kena tegas juga.
"Mungkin lepas ni tak perlu bagi duit. Awak belikan terus barang-barang masak dan keperluan lain di rumah, macam ni lebih senang," demikian antara komen netizen.


