MENYERAHKAN tugas mengadakan majlis tahlil kepada pihak masjid dengan memperuntukan bajet tertentu bagi menampung kos makan dan minum merupakan pilihan yang mudah bagi sesetengah waris.
Namun tidak semua menepati kehendak seperti apa yang dikongsikan seorang individu ini selepas keluarganya mengamanahkan pihak pengurusan sebuah masjid mengendalikan kenduri tahlil arwah kakaknya.
Jelas wanita itu, abang iparnya memperuntukan sebanyak RM1,000 kepada pihak masjid bagi menyediakan makanan.

Jemaah yang hadir biasanya dijamu dengan makanan selepas selesai majlis tahlil. -Gambar hiasan AI
"Abang ipar buat tahlil untuk arwah kakak. Dia bagi duit dekat masjid, jadi mereka yang uruskan pasal makanan," jelasnya dalam satu hantaran di Threads.
Namun menurut pengadu, pihak keluarga terkejut apabila makanan yang dihidang tidak seperti diharapkan.
"Lepas siap tahlil kami semua nak makan. Masa tengok makanan yang dihidangkan cuma ada roti canai dan ayam masak lemak cili api.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari meninggal, adik beradik arwah ibu gelojoh berebut tanah... Makcik pula sentap tak diupah jadi katerer majlis tahlil
ARTIKEL BERKAITAN: Arwah jiran ‘pulang’ malam tahlil, kerap hadir dalam mimpi ayah... Rupanya minta jadi perantara selesaikan 2 perkara di dunia
"Bukan kami tak bersyukur cuma agak tak berbaloi dengan duit yang diberikan dan makanan yang kami dapat. Akhirnya kami semua makan dekat kedai je.
"Jemaah tak sampai 100 orang. Kami pun husnuzon je, tapi roti canai cicah ayam masak lemak cili api macam tak kena," jelasnya yang terkilan.
Sejak kejadian itu, keluarganya sepakat untuk memasak sendiri bagi setiap majlis tahlil agar lebih puas hati dapat menjamu tetamu dengan pelbagai hidangan.
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian netizen yang memberi pelbagai pandangan.
- Keluarga beri RM1,000 pada masjid untuk urus tahlil arwah.
- Hidangan hanya roti canai, ayam masak lemak cili api dan teh tarik.
- Anggaran tetamu sekitar 50 orang.
- Keluarga akhirnya makan di kedai dan mahu masak sendiri selepas ini.
- Netizen berpendapat RM1,000 mungkin tidak cukup untuk jamuan masjid.
Walaupun ramai bersimpati, namun tidak kurang juga yang menyatakan jumlah berkenaan sebenarnya tidak mencukupi.
"Setakat RM1,000 untuk jamu di masjid tak jadi apa. Kena pula masjid yang ramai orang. Busuk-busuk pun RM10 sebungkus... itu pun baru untuk 100 orang. Kena tahu masjid tu sedia untuk berapa orang.
"Mungkin sebab ni famili sanggup masak sendiri, takut jadi macam ni. RM1,000 tu banyak boleh masak. Boleh dapat kuih muih juga. Semoga dipermudahkan urusan," komen beberapa netizen.


