suria

“Nampak orang bagi ‘signal’, dia makin pecut!” - Ramai meluat hadap sikap penunggang motosikal, penting diri halang kereta tukar lorong

Sikap prihatin dan bertimbang rasa penting di jalan raya. -Gambar hiasan AI

TINGKAH laku dan cara pengendalian kenderaan dalam kalangan pengguna jalan raya sentiasa menjadi topik 'panas' warga maya.

Apatah lagi perkongsian berkaitan sikap penting diri penunggang motosikal seperti yang dibangkitkan lelaki ini di Thread.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa dia cuba menukar lorong di lebuh raya.

Kebanyakan penunggang motosikal gemar menyelit di tengah-tengah lorong. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan penunggang motosikal gemar menyelit di tengah-tengah lorong. -Gambar hiasan AI

Namun penunggang motosikal (rider) enggan memberi laluan meskipun isyarat menukar lorong sudah diberikan lebih awal.

"Aku bagi signal hampir 100 meter untuk tukar lorong, tapi semua rider bagi hon.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit mata, silau! Ramai geram penunggang motosikal berkuasa tinggi tak bertimbang rasa, pasang lampu ‘spotlight’ setiap masa

ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang tak reti sabar, penting diri! Pemandu bagi ‘signal’ tukar lorong tetap kena hon - “Mat motor nak apa sebenarnya?”

"Mereka (penunggang motosikal) tak mahu perlahankan sedikit supaya aku boleh tukar lorong.

"Aku pun rider juga, apa salahnya bagi laluan sebab tak luak pun 10 hingga 15 saat tu," luahnya.

Malah dia secara sinis menyatakan kemungkinan signal perlu diberikan sehari awal bagi membolehkan pemandu menukar lorong dengan selamat.

  • Tingkah laku penunggang motosikal di jalan raya sering jadi isu hangat.
  • Lelaki ini luah frustrasi kerana rider enggan beri laluan walaupun lampu isyarat diberi 100 meter awal.
  • Dia sendiri penunggang motosikal, tapi menegur pentingnya beri laluan 10–15 saat demi keselamatan.
  • Sindiran dibuat bahawa mungkin perlu bagi signal sehari awal untuk tukar lorong dengan selamat.
  • Netizen kongsi pengalaman sama, ramai kecewa rider tidak prihatin walaupun kereta berhenti untuk masuk simpang.

"Mungkin aku kena bagi signal sehari awal," ujarnya dalam sindiran.

Dalam hantaran seterusnya, dia meluahkan rasa terkejut apabila mendapati ramai pemandu berdepan masalah sama. 

Ia berikutan kebanyakan warga maya turut mengalami kesukaran yang sama disebabkan sikap penunggang motosikal yang tidak prihatin.

Warga maya turut berhadapan isu sama.

Warga maya turut berhadapan isu sama.

"Selalu juga alami macam ni, lagi nampak orang bagi signal , lagi dia pecut mencelah padahal dia yang parah kalau tergesel sikit.

"Dah beberapa kali saya terlepas simpang keluar sebab rider tak mahu perlahankan motosikal, dah 10 minit bagi signal pun mereka buat tak tahu.

"Sepatutnya mereka lebih alert apabila nampak kereta berhenti di hadapan terutama nak masuk simpang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain