suria

“Saya tak nak rosakkan gambar mereka” - Wanita kerja ‘cleaner’ elak selfie dengan kawan-kawan, rasa diri tak setaraf

Kehidupan yang jauh berbeza dengan rakan lain boleh membuatkan seseorang itu rasa tersisih. -Gambar hiasan AI

PERJALANAN hidup setiap insan tidak serupa apabila ada yang sudah stabil pada usia muda namun tak kurang juga masih bertatih membina masa depan.

Begitulah juga kisah seorang wanita yang berdepan laluan sukar dalam hidup hingga sering berasa rendah diri tatkala melihat rakan-rakan sebaya menempa kejayaan masing-masing.

Dek kerana itu juga, dia yang kini bekerja sebagai tukang cuci sering menolak pelawaan rakan-rakan untuk keluar meluangkan masa bersama. 

"Kawan-kawan ada ajak melepak lagi... tapi saya minta maaf. Bagi alasan sibuk sebab kena kerja lebih masa sedangkan tak pun.

Meluangkan masa bersama merupakan cara untuk rakan-rakan mengeratkan hubungan dalam persahabatan. -Gambar hiasan AI

"Saya tak nak rosakkan gambar mereka. Saya bekerja sebagai cleaner di dewan bedah. Banyak tanggungan. Kawan-kawan kebanyakannya jadi cikgu dan jurutera.

"Tahun ni umur saya 28 tahun dan baru saja mulakan kehidupan sendiri... tak tahu nak mula daripada mana. Dulu saya pernah gagal dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.

Meskipun mengakui belum mempunyai simpanan sendiri, dia tetap bersyukur kerana tidak menanggung bebanan hutang.

Memandangkan wanita ini pernah gagal SPM, dia menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran namun bimbang dan berasa ragu dengan kemampuan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mengaku biseksual, suka lepak dengan kawan sejenis... Isteri sabar sebab nafkah zahir batin ‘A’

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu lepak kedai kawan, datang bawa makanan... Akhirnya difitnah bomoh, nama 'dipetik' hantar santau lingkupkan bisnes

Membalas salah satu komen netizen, dia menjelaskan sifat rendah dirinya itu bukan berpunca daripada rakan-rakan kerana mereka tidak pernah bersikap toksik. 

"Mereka cuba ajak saya tengok dunia tapi saya ni tak banyak duit nak teroka semua tu. Saya cuma jadi pendengar ketika kawan-kawan bercerita mengenai apa mereka seronok lakukan.

"Saya tumpang gembira untuk mereka cuma rasa diri ni kerdil... macam tak patut ada dengan mereka. Saya tak pakai mekap atau kenakan pakaian cantik.

"Jadi apabila mereka ambil gambar untuk post, saya elak dan cakap saya tak nak rosakkan gambar mereka," ujar wanita itu lagi.

  • Wanita berasa rendah diri bila keluar dengan rakan-rakan lebih berjaya.
  • Dia bekerja sebagai tukang cuci dan sering menolak ajakan lepak kerana malu bergambar.
  • Umur 28 tahun, tiada simpanan namun bersyukur tidak berhutang.
  • Pernah gagal SPM dan ingin sambung belajar tetapi ragu kemampuan diri.
  • Netizen beri sokongan, anggap bebas hutang satu pencapaian dan minta dia terus yakin.

Perkongsian wanita itu ternyata mengundang rasa sebak dan sayu warga maya hingga ramai memberi kata-kata semangat buatnya.

Nasihat mereka supaya pengadu tidak perlu berasa rendah diri dengan kehidupannya sebagai tukang cuci.

"Awak tahu tak, tak ada hutang pada usia 28 tahun tu satu pencapaian? Tak jalani hidup macam orang lain tak bermakna awak gagal. Kalau saya kawan awak, saya tak rasa awak rosakkan gambar.

"Ikut je cara awak, tak ada masalah kalau awak rasa rendah diri atau tak selesa luangkan asa dengan mereka. Selagi awak rasa okey. Jujur pada diri sebab masih muda dan jangan rasa kesal," komen beberapa netizen.

Artikel Lain