suria

Tahu ada kereta sedang tunggu nak masuk, sengaja lengah keluar parkir - "Masa tu la nak pakai gincu, bersembang"

Ada segelintir pemandu hilang sabar ketika mencari parkir. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemandu wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa menunggu hampir 20 minit untuk mendapatkan petak parkir.

Bertambah geram katanya, pemandu kenderaan yang berada di parkir tersebut sebenarnya menyedari bahawa dia sedang menunggu untuk masuk.

Menurutnya, pemandu berkenaan juga tidak mengendahkan dirinya walaupun dia sudah memberi isyarat (signal) mahu masuk ke parkir tersebut.

Mencari parkir kereta terutama di gedung beli-belah mengambil masa yang lama. -Gambar hiasan AIMencari parkir kereta terutama di gedung beli-belah mengambil masa yang lama. -Gambar hiasan AI

"Orang yang nak keluar parking tu bila dah nampak orang lain bagi signal nak masuk, awak boleh tak terus start kereta dan jalan?

"Ini sampai nak dekat 20 minit orang terpaksa tunggu awak keluar," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup jangan susahkan orang” - Lelaki ditegur pakcik jiran sebelah rumah, marah parkir kereta depan pagar sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru lepas bersalin melilau cari suami di ruang parkir sambil usung bayi, beg - “Bini turun wad 'discharge' sendiri”

Tambahnya, situasi bertambah tegang apabila terbentuk barisan kenderaan di belakang dan ada yang mula membunyikan hon.

"Masa tu la nak pakai lipstick dalam kereta, nak pasang Spotify kat radio, nak bersembang.

"Dah terang-terang sangat dah kita nak masuk. Lepas tu nak pula kelam kabut, banyak kereta tengah tunggu dekat belakang yang siap hon," katanya.

  • Pemandu berang menunggu hampir 20 minit kereta di parkir tidak mahu keluar.
  • Dakwanya, pemandu itu berlengah walaupun sudah jelas ada kereta lan menunggu.
  • Keadaan makin tegang apabila barisan kereta belakang membunyikan hon.
  • Wanita itu faham jika melibatkan anak kecil atau warga emas, tetapi bukan kerana disengajakan.
  • Netizen berpecah — ada yang sokong, ada yang kata pemandu berhak duduk lama kerana sudah bayar parkir.

Jelas wanita itu dia faham jika kelewatan itu disebabkan pemandu yang membawa anak kecil, warga emas atau memerlukan lebih masa.

"Kalau yang ada anak kecil, ada stroller, orang-orang tua tu kita faham. Ni yang lemah longlai lembut je nak keluar kereta tu," katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dengan ada yang menyokongnya dan ada juga antara mereka yang mengecamnya.

"Suka hati dialah dah dia dekat parking tu. Kau nak? Kau tunggu, kalau tak nak boleh blah.

"Kalau orang tunggu saya keluar parking, lagi saya buat lambat atau matikan enjin balik.

"Sebab dia bayar parking, jadi tak kisah la dia nak duduk berada lama kat situ," antara komen netizen.

 

Artikel Lain