PENCERAIAN merupakan jalan terakhir bagi pasangan suami isteri yang berterusan mengalami krisis rumah tangga.
Melalui situasi sama, seorang lelaki berkongsi pengalaman sendiri ketika melalui proses penceraian selepas gagal mempertahankan rumah tangga yang dibina.
"Apabila isteri mohon cerai dan dia bersungguh-sungguh sehingga failkan (kes) dan pergi mahkamah, bermakna dia dah nekad.
"Cuma aku masa tu masih cuba mempertahankan (rumah tangga) demi anak-anak," ujarnya di Thread.

Terdapat pasangan yang bertahan dalam hubungan demi anak-anak. -Gambar hiasan AI
Bagi memastikan perkahwinan tidak terbubar, dia mendapatkan khidmat peguam syarie dengan bayaran RM6,000.
Namun malangnya, dia mendakwa peguam yang dilantik tidak berusaha membantunya sehingga akhirnya penceraian berlaku secara hakam.
Tambahan pula dia enggan melafazkan cerai kerana bimbang rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah ‘selera’ lepas ada adik angkat, kerap bawa balik rumah... Suami terkejut jumpa ‘sesuatu’ dalam almari
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dicerai talak tiga, wanita dekati bapa perosak rumah tangga... Cinta berputik di kota Makkah - “Kau kejam, aku lagi kejam!”
"Buang duit bayar peguam RM6,000, peguam tak buat apa-apa. Kemudian buang duit RM12,000 lagi dengan ambil peguam untuk hak penjagaan anak-anak.
"Apapun jangan lafaz cerai sebabnya kita tak nak rasa menyesal dengan keputusan kita," tambahnya yang seolah-olah kesal dengan perkhidmatan peguam syarie terlibat.
Kos yang dikeluarkan itu membuatkan dia tampil menasihati golongan suami agar tidak mendapatkan perkhidmatan peguam sekiranya pasangan telah nekad untuk berpisah.
Malah katanya, suami hanya perlu hadir ke mahkamah syariah apabila diarahkan.
- Lelaki kongsi pengalaman isteri nekad minta cerai.
- Dakwa bayar peguam RM6,000 tapi tiada hasil.
- Keluarkan lagi RM12,000 untuk hak penjagaan anak.
- Nasihat suami lain tak payah ambil peguam jika isteri memang tekad.
- Netizen setuju, ramai alami situasi sama.
"Kalau dia (isteri) berdegil, bawa sampai cerai hakam. Hadir setiap kali dipanggil mahkamah dan hak penjagaan anak beri pada isteri kalau dia mahukan.
"Kita bagi nafkah ikut keperluan bukan kemahuan... cuma runding minta syarat seperti pelepasan tuntutan mutaah dan idah," tambahnya berkongsi pandangan.
Baginya, duit yang digunakan bagi melantik peguam sepatutnya disimpan untuk kegunaan anak-anak termasuk pendidikan.

Pelayar lelaki turut berkongsi pengalaman yang dilalui.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk golongan suami yang mengalami situasi sama.
"Pernah sampai level tu, semalam balik offshore, esoknya ke mahkamah dan petang pula ada temuduga... memang koyak.
"Saya lengahkan masa supaya dia (bekas isteri) bertenang, dalam empat bulan juga tapi dia nekad dan saya lafaz dalam mahkamah.
"Perempuan kalau dalam kelompok yang toksik dan bercerai, mereka pun akan bercerai juga... kawan-kawan kakak aku contohnya," demikian reaksi netizen.


