suria

[V] Video tular tinggal anak 2 jam di 'playground' dedah suami 'dating' kekasih gelap - "Kalau tahu dia curang, aku sepak"

Video tular dua kanak-kanak ditinggalkan bermain bersendirian turut mendedahkan kes curang. -Gambar media sosial

VIDEO tular [Tonton Video] memaparkan seorang lelaki memarahi pasangan meninggalkan dua budak lelaki bermain bersendirian di taman permainan dalaman (indoor playgorund) secara tak langsung mendedahkan mereka berdua 'berskandal'.

Selepas video itu tular, ibu kepada dua kanak-kanak tersebut mendedahkan bahawa lelaki berkenaan adalah suaminya manakala perempuan dalam rakaman adalah kekasihnya.

Pasangan tersebut dipercayai keluar 'dating', dengan si bapa meninggalkan dua anak bermain sendirian tanpa pengawasan selama dua jam.

Wanita itu juga berterima kasih kepada pemilik video kerana penularan video berkenaan telah membuktikan suaminya berlaku curang.

Bapa kanak-kanak mendakwa keluar makan ketika meninggalkan dua anaknya di taman permainan. -Gambar media sosialBapa kanak-kanak mendakwa keluar makan ketika meninggalkan dua anaknya di taman permainan. -Gambar media sosial

"Terima kasih sebab bagi viral suami saya jalan dengan perempuan lain. Sebab awak bagi viral saya tahu suami saya curang," katanya.

Terdahulu, rakaman tular itu menunjukkan pemilik video dikenali sebagai Thomas memarahi pasangan berkenaan kerana meninggalkan kanak-kanak lelaki  tanpa rasa bersalah. 

Dia juga sempat membelikan minuman dan menahan dua kanak-kanak itu yang nyaris keluar dari ruang bermain untuk mendapatkan pasangan tersebut.

  • Tular video pasangan tinggalkan dua budak selama 2 jam di 'indoor playground'.
  • Ibu kanak-kanak itu dedah suaminya keluar dengan teman wanita sampai tinggalkan anak.
  • Video tular tunjukkan lelaki bernama Thomas marah lelaki itu kerana cuai jaga anak.
  • Video tular sekali gus buktikan kecurangan suami.
  • Thomas makin geram selepas tahu lelaki itu curang.

"Apa masalah korang ni? Boleh biar anak macam tu sampai berapa lama? Anak kau hampir hilang dua kali. Dia dah keluar, kalau aku tak jaga dia hilang macam mana?" soal Thomas.

"Saya dah beritahu mereka (pekerja). Minta maaf la, saya pergi makan je," respon bapa kanak-kanak tersebut sambil menafikan dia meninggalkan kedua-dua anaknya dalam tempoh yang lama.

Sementara itu, Thomas memaklumkan video tular berkenaan telah dipadam dari Instagram dan dia mengakui terlalu geram selepas mengetahui pasangan tersebut bukannya suami isteri.

"Dengar ayah tu curang. Patut la sampai hati. Kalau aku tahu masa tu dia curang biar anak sana sini. Aku akan sepak dia sial betul," katanya.

Artikel Lain