SEORANG wanita berkongsi pandangan peribadi sekali gus menyarankan golongan ibu bapa agar memilih baju kurung sebagai uniform sekolah anak perempuan.
Menurut wanita berkenaan jika pinafore dijadikan pilihan, anak mereka mungkin akan menjadi mangsa buli atau ejekan kerana pakaian yang dipakai berbeza daripada kebanyakan rakan lain.
Jelasnya, saranan ini dibuat berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh anak perempuannya sebelum ini.
Suasana selesa dalam bilik darjah membantu murid belajar dengan baik. -Gambar hiasan AI
"Kepada ibu bapa yang anak gadisnya nak masuk tahun satu, saya nasihatkan beli baju kurung tak payah beli pinafore nanti membazir.
"Budak zaman sekarang toksik dia bukan main lagi. Saya pun hairan umur tujuh tahun mulut macam umur 30 tahun," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati disuruh salin nota dalam kelas, pelajar tunjuk samseng koyak kertas depan muka cikgu! - “Esoknya bapa dia pula serang saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Guru risau murid Melayu makin ramai di SJKC, kelahiran bayi Cina pula merosot - "Macam mana cikgu nak ajar?"
Jelasnya, dia terkejut lantas terfikir bagaimana kanak-kanak pada usia masih muda mampu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati sehingga menjejaskan emosi rakan lain.
Luahan itu disokong seorang netizen yang berkongsi pengalaman hampir sama apabila anak perempuannya dibuli secara mental di sekolah.
- Wanita nasihat kaum ibu pilih baju kurung untuk unifor sekolah kerana anaknya pernah dibuli sebab pakai pinafore.
- Murid usia tujuh tahun didakwa mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati.
- Netizen kongsi anak mereka turut dibuli secara mental di sekolah kerana pinafore.
- Ada murid dipulaukan dan dilabel 'masuk neraka' kerana tak bertudung atau tak pakai baju kurung.
- Seorang ibu lain mendakwa anaknya disindir 'bukan Islam' hanya kerana pakai pinafore.
"Anak aku macam kena buli secara mental bila kawan-kawan cakap dia masuk neraka sebab tak pakai tudung dan tak pakai baju kurung.
"Dia siap kena pulau kat sekolah. Mulut budak-budak sekarang jahat mengalahkan mulut makcik-makcik toksik," katanya.
Malah, seorang lagi warga maya turut mendakwa anaknya turut disindir sebagai bukan Islam kerana tidak memakai baju kurung dan tudung.
"Kawan dia cakap haram, masuk neraka, cakap anak saya bukan Islam," katanya.


