suria

Status 'bini orang' tapi curang, zina... Wanita nekad bocor rahsia BFF dah kawan hampir 30 tahun - "Suami dia sangat baik, alim"

Pasangan curang adalah perkara paling ditakuti sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan AI

CURANG tidak sepatutnya berlaku dalam apa jua keadaan atau alasan, kerana ia bukan sahaja meruntuhkan kepercayaan pasangan tetapi juga menghancurkan rumah tangga.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan tertekan apabila terpaksa membongkarkan kecurangan rakan baik sendiri kepada suaminya.

Menurutnya, dia sudah menyimpan rahsia tersebut hampir dua tahun setengah sebelum nekad untuk tidak lagi menutup mata terhadap maksiat yang dilakukan rakannya.

"Saya sangat patah hati sebab baru je dedahkan kecurangan kawan baik kepada suaminya. Saya dah lama bertahan dan tak boleh teruskan lagi, rasa sangat bersalah.

Banyak penceraian berlaku disebabkan kes curang. -Gambar hiasan

"Suami dia seorang lelaki yang sangat baik dan alim. Kawan saya pun sama sebab tu saya tak sangka dia boleh buat sesuatu macam ni," luahnya dalam hantaran di Threads.

Bercerita lanjut, katanya, kisah bermula apabila rakan baik kembali berhubung dengan bekas teman lelaki zaman persekolahan melalui platform Instagram.

Pada mulanya sekadar sembang biasa, namun rakannya itu mengakui 'perasaan lama' kembali muncul selepas mereka berjumpa tanpa pengetahuan suaminya. 

Lebih parah lagi, lelaki terbabit juga sudah berumah tangga dan kedua-dua pasangan ini masih tidak mempunyai zuriat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas suami selalu diganggu BFF berstatus isteri orang, asyik kena dengar ‘drama’ rumah tangga perempuan lain

ARTIKEL BERKAITAN: Padah cuti bersama, BFF ‘single’ dituduh menggatal dengan suami tepi sungai! Maaf tak diterima siap ungkit kisah lama

"Mereka berdua kantoi dengan saya masa check-out dari hotel. Saya tengah uruskan perkahwinan dekat hotel yang sama. 

"Apa yang buat saya terkilan bila dia (rakan) tak rasa bersalah pun. Dia siap teruja beritahu rancangan nak bercerai dan berapa kali mereka sudah 'bersama'.

"Suami dia sebak sangat masa saya beritahu dan tunjukkan bukti kecurangan. Saya minta dia jaga aib rakan dan jangan beritahu keluarga, hancur hati saya," jelasnya.

Difahamkan, wanita ini dah sahabatnya sudah berkawan rapat sejak hampir tiga dekad lalu dan mereka tinggal berjiran.

  • Wanita dedah kecurangan rakan baiknya kepada suami selepas hampir 2 tahun lebih simpan rahsia.
  • Hubungan terlarang bermula apabila rakan itu kembali berhubung dengan bekas kekasih sekolah.
  • Suami rakan tersebut sangat sebak, sementara isterinya tidak menunjukkan rasa bersalah.
  • Warganet menyokong tindakan wanita itu sebagai langkah yang betul.

Malah, dia sendiri yang memperkenalkan rakan baik dengan suaminya suatu ketika dahulu.

Tambahnya lagi, dia percaya sahabatnya itu sedar bahawa dirinya yang bertindak membocorkan rahsia kecurangan.

"Dia pun tahu satu hari nanti saya akan dedah sebab dah 'warning' dia banyak kali.

"Kata dah putus, lepas tu sambung balik. Kata nak cerai tapi tak jadi lagi konon tunggu urusan itu ini, banyak sangat alasan.

"Sedangkan saya hidup tak tenang fikirkan suami dia yang baik sangat-sangat tu," katanya.

Rata-rata warganet memberikan sokongan dan menganggap tindakan wanita tersebut sebagai tepat.

"Curang dah satu hal tapi kalau sampai berzina. Saya tak perlu cakap lagi betapa s*nd*l perangai. Tabik dengan awak, dah buat hal yang betul.

"Awak buat benda betul. Awak elak daripada terus berlaku hal lebih serius contohnya ada anak luar nikah. Panjang lagi impak negatifnya," komen beberapa netizen.

Artikel Lain