KEBIASAANNYA para ibu cenderung menyusukan bayi masing-masing dengan susu badan kerana ia terbukti lebih baik berbanding susu formula.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui ada dalam kalangan ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya.
Menurut wanita berkenaan, ibu berkenaan memilih susu formula dengan alasan ia lebih memudahkan.
Susu formula adalah alternatif kepada susu badan. -Gambar hiasan
"Rupanya ada emak yang memang tak mahu bagi anak susu badan, sebab katanya nanti susah nak jalan-jalan.
"Bila tanya lagi kenapa tak pam? Jawapannya susah, jadi dia bagi formula je, bukan nak busy body, cuma terkedu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Anak kau autisme sebab minum susu ibu" -Tak pernah hamil, mak angkat suami 'terpaling' tahu tentang bayi
ARTIKEL BERKAITAN: Suami guna taklik halang isteri beli susu formula jenama sokong Israel... Ibu serba salah tengok bayi sakit tak serasi produk baharu
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang kecaman ramai apabila netizen mendakwa wanita tersebut terlalu sibuk dengan urusan orang lain.
- Ibu pilih beri susu formula demi kesihatan mental.
- Keputusan itu mencetuskan perdebatan di media sosial.
- Ibu tegaskan mengenai hak membuat pilihan sendiri.
- Netizen ada yang mengkritik perkongsian isu itu.
- Pejabat Mufti sarankan susu ibu tetap terbaik.
"Anak saya menangis hampir 24 jam sehari, adakah susu badan pilihan terbaik bila saya dalam tekanan macam ni? Tidak, jadi saya beri susu formula demi kesihatan mental saya.
"Siapa awak nak menilai para ibu yang beri susu formula? Anak saya, suka hati saya.
"Jangan sibuk hal orang lain. Kalau kau nak beri susu badan itu hak kau. Orang nak bagi susu formula itu hak mereka," katanya.
Reaksi warga maya berkaitan pemberian susu formula.
Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan proses penyusuan bayi adalah bergantung kepada ibu dan tiada siapa pun yang boleh membuat paksaan jika dia enggan menyusukan anaknya.
"Namun, seorang ibu sangat digalakkan menyusukan anaknya kerana susu ibu adalah yang terbaik dan kasih sayang ibu terhadap anaknya lebih tulus.
"Demikian juga dalam beberapa keadaan seorang ibu wajib menyusukan anaknya sekiranya dikhuatiri mendatangkan mudarat kepada nyawa atau kesihatan anak tersebut iaitu khususnya apabila bayi tersebut enggan minum susu selain daripada susu ibunya," katanya.


