suria

Bapa saudara boikot kenduri kahwin, kecil hati jemputan guna WhatsApp! Persoal tuan rumah tak datang bersemuka

Kad jemputan digital menjadi pilihan generasi masa kini. -Gambar hiasan AI

SEIRING perkembangan teknologi, urusan undangan ke sesuatu majlis kini menjadi semakin mudah.

Ramai mula beralih kepada penggunaan kad jemputan digital yang boleh dihantar menerusi aplikasi WhatsApp mahupun apa jua platform atas talian.

Tambahan pula, kekangan masa dan lokasi tempat tinggal yang jauh menyukarkan undangan dibuat secara bersemuka.

Undang perkahwinan dibuat melalui kad digital. -Gambar hiasan AI

Undang perkahwinan dibuat melalui kad digital. -Gambar hiasan AI

Perkara sama turut menjadi amalan keluarga wanita ini, namun malangnya terdapat saudara-mara yang membantah kaedah jemputan berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila individu tersebut turut 'memboikotnya'.

"Sepupu saya akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini, jemputannya cuma melalui WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Keliru maksud ‘turut mengundang seisi keluarga’ salah satu punca lauk kenduri tak cukup! Tetamu dijemput bawa ‘satu batalion’

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat jemputan majlis kahwin anak buah di kedai makan, bapa saudara terus bersuara… Mula persoal jumlah wang hantaran!

"Ibu ayah pengantin sendiri yang menjemputnya, tiba-tiba salah seorang bapa saudara saya tak mahu pergi majlis tu," ujarnya di Thread.

Menurut wanita ini, bapa saudaranya menganggap cara jemputan tersebut sebagai kurang beradab kerana tidak dilakukan secara bersemuka.

  • Teknologi mudahkan undangan, kad digital jadi pilihan.
  • Keluarga wanita guna WhatsApp untuk jemputan kahwin.
  • Bapa saudara enggan hadir, anggap jemputan digital tak beradab.
  • Netizen kata orang tua lebih selesa dijemput bersemuka.
  • Ramai setuju panggilan telefon lebih sopan berbanding WhatsApp.

"Katanya tak beradab sebab tak jemput secara berdepan dan hanya melalui WhatsApp," tambahnya yang runsing dengan situasi itu.

Hantaran yang dibuatnya mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menyatakan jemputan secara bersemuka adalah lebih baik.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

"Kalau jemput orang tua kenalah ada adab, takkan WhatsApp je?

"Orang muda mungkin okay tapi kalau orang tua yang berusia 70-an ke 80-an tu lebih baik kalau bersemuka.

"Masa mula-mula dapat jemputan melalui SMS (sistem pesanan ringkas) dulu, dalam hati terdetik biar betul jemput SMS je.

"Menerusi panggilan telefon lebih baik, bukan WhatsApp," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain