JEMPUTAN perkahwinan adalah bentuk undangan rasmi yang dihantar kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan untuk menghadiri majlis yang bakal diadakan. Kebiasaanya kad jemputan, sama ada fizikal atau digital mengandungi butiran penting seperti tarikh, masa, lokasi dan tema majlis perkahwinan. Namun, bagi seorang individu, dia mendapati masih ramai yang keliru dengan terma popular 'turut mengundang seisi keluarga' yang sering digunakan dalam kad jemputan perkahwinan sehingga akhirnya golongan ini membawa bersama tetamu tak diundang. Kehadiran tetamu tak diundang dikhuatiri menyebabkan makanan di majlis perkahwinan tidak mencukupi. -Gambar hiasan "Baru faham maksud 'turut mengundang seisi keluarga' dalam kad kahwin bermaksud, turut sama memanggil kita datang adalah dari seisi keluarga belah pengantin. "Bukan kita yang datang bawa satu batalion keluarga kita melainkan ada tulis nama kita dan keluarga," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kad kahwin digital makin canggih! Tetamu diundang boleh terus tekan link beli hadiah... Pengantin pun gembira dapat barang diperlukan ARTIKEL BERKAITAN: Duit majlis kahwin nak kongsi, tapi jemputan pengantin perempuan terhad... Bakal mentua risau saudara-mara sendiri tak cukup makan Perkongsian itu dipersetujui ramai dengan rata-rata berpandangan kesilapan memahami maksud boleh menyebabkan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah tidak mencukupi. "Ada juga yang berfikiran satu keluarga adalah empat orang, dia pergi jemput adik beradik, jiran-jiran dia. "Akhirnya,lauk dan nasi tak cukup. Menggelabah tuan rumah. Kalau sebut suami isteri hanya dua sahaja yang hadir," kata netizen. Akhirnya, lauk dan nasi tak cukup. Menggelabah tuan rumah. NETIZEN "Rasanya mudah ja ayat tu sebab dah tulis turut mengundang bukan turut diundang. "Lagi pula bila dia tulis turut mengundang seisi keluarga tu, dah letak siap-siap nama keluarga pengantin termasuk nombor telefon. "Ada dua situasi, pertama turut mengundang seisi keluarga iaitu merujuk seisi keluarga pengantin mengundang tetamu. "Kedua, menjemput tuan/puan (nama tetamu) sekeluarga, ini pula merujuk tuan rumah menjemput tetamu sekeluarga," kata beberapa netizen.