HAL berkaitan zuriat adalah isu sentitif kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Kebiasaanya setiap pasangan reda dengan ketentuan Ilahi, namun apabila ada 'mulut' bercakap-cakap ia menjadi satu tekanan. Begitu juga dengan seorang wanita yang dicop mandul apabila adik iparnya yang berkahwin selepasnya direzekikan hamil dahulu. Proses mengambil anak angkat memerlukan banyak prosedur. -Gambar hiasan "Keluarga suami bagaikan tidak puas hati bila kami jawab belum ada rezeki, dua tahun saya bertahan dengan soalan bila nak hamil. "Saya berurut cara kampung, ada yang kata peranakan kering, peranakan jatuh dan ada yang kata OK. "Jadi lepas dua tahun saya jumpa pakar sakit puan, keputusannya kami dua-dua tiada masalah cuma belum rezeki," katanya. Dia kemudian menjelaskan kepada ahli keluarga yang mana ada dalam kalangan mereka yang memahami dan ada juga masih mendesaknya segera hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Suami mandul tergamak fitnah isteri, tuduh tak subur depan keluarga... Senyap-senyap koyak keputusan ujian air mani! ARTIKEL BERKAITAN: Malang! Wanita diusir suami, dituduh mandul tinggal di kaki lima "Setiap minggu bertanya kenapa belum 'lekat'. Bila datang kenduri bagaikan dipergunakan kerana alasan masih tiada anak. "Disebabkan mereka bagaikan tiada hati perasaan saya tiba-tiba jadi orang lain, tak suka bergaul, pemarah, terlalu berfikir dan emosi tidak stabil," katanya. Wanita itu berkata dia selalu terdengar bisikan yang menyuruh dirinya mati kerana tidak boleh bersalin, selain hubungan dengan suami kian dingin. Saya terperap di rumah, jadi trauma kerana terlalu dihina. WANITA "Saya marah dengan suami sebab tiada saudara dia yang tanya apa-apa tapi semua salahkan saya sampai dipanggil mandul. "Ini yang buat keadaan saya makin teruk. Saya terperap di rumah, jadi trauma kerana terlalu dihina," katanya. Disebabkan tak tahan dengan desakan sekeliling, dia dan suaminya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Walaupun percubaan pertama mereka ditipu RM10,000, tetapi dia dan suami tidak putus asa serta cuba mendapatkan anak angkat lain pula. Perselisihan faham antara suami isteri kadang kala berpunca daripada orang sekeliling. -Gambar hiasan "Kali ni wanita itu orang kampung saya. Dari awal hamil dia tak mahu anak itu kerana tidak mampu dan anak ramai. "Saya urus A-Z hingga bersalin. Semua bil, barangan bayi saya belikan. Lepas beranak anak tu kuning, saya bersengkang mata jaga lepas seminggu dia hilang, mak dia bawa lari," katanya. Tambahnya, ikhtiar untuk mengambil anak angkat kali ketiga juga berakhir seperti kisah kedua dan dia akhirnya putus asa. "Saya reda dan betul-betul tak kisah. Siap bincang dengan suami nanti nak masuk rumah orang tua terbaik sebab kami tak ada anak. "Kuasa Allah entah macam mana sebulan nak masuk ulang tahun keenam saya disahkan hamil. "Masa ni saya datang hospital sebab rasa perut membengkak dan ada benjolan macam bola tenis dekat perut," katanya. Mengakhiri kisahnya, dia mengakui kini mempunyai sepasang cahaya mata.