suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikmal Amry berani ambil risiko ‘tukar angin’, impi berlakon dengan Sharnaaz Ahmad

Ikmal akan cuba semua genre untuk pelbagaikan lakonannya.

PELAKON Ikmal Amry terpaksa mengambil langkah drastik dan berani bertukar angin menerima tawaran genre aksi demi memastikan nama dan kerjaya seninya tidak terus statik di tempat yang sama. 

Mengakui namanya agak perlahan untuk mendaki tangga populariti berbanding rakan seangkatan, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, nekad keluar daripada zon selesa drama televisyen selepas 11 tahun menapak dalam industri hiburan.

"Memang itu rancangan saya (masuk dalam genre aksi) daripada mula berlakon sejak 11 tahun berada di dalam industri ini. Saya sudah cuma macam-macam drama.

Ikmal mahu keluar daripada zon selesa. 

"Jadinya, sudah kena set dan ada limit untuk satu-satu benda itu. Jadi, ini saya kena cuba benda baru supaya nama saya tidak tersekat dekat satu tempat sahaja contohnya hanya drama. Saya kena bergerak juga sekurang-kurangnya," katanya kepada mStar. 

Ikmal juga berkata dia sanggup mengambil risiko dengan menerokai naskhah bercorak aksi lasak menerusi filem terbaharunya, The Furious demi melihat namanya melangkah lebih jauh.

"Saya akui yang nama saya memang lambat sikit naik berbanding yang lain, jadinya saya kena bergerak secara drastik dan ekstrem walaupun benda itu saya tidak suka untuk buat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja-saja ‘shirtless’ di media sosial... Ikmal Amry mohon maaf, cuba kurangkan content tayang badan

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry buka kisah lampau, beberapa kali dicabul... “Dia nak cium dan pegang bawah”

"Saya akan ambil risiko itu dan inilah (filem Furious) ialah hasilnya," ulasnya.

Dalam pada itu, Ikmal meluahkan rasa syukur sekiranya pengarah mahupun peminat mula memberikan kepercayaan untuk memegang status sebagai pelakon aksi.

Malah Ikmal turut memasang impian besar untuk berkongsi skrin bersama dua figura hebat tanah air yang menjadi idolanya dalam bidang lakonan.

"Jadi, selepas ini orang akan cop yang saya ini adalah pelakon aksi, kalau macam itu, Alhamdulillah.

"Jadinya selepas ini, mungkin saya aan dapat berlakon dengan idola saya iaitu Syafiq Kyle dan juga Sharnaaz Ahmad. Itu memang harapan saya. Tapi, setakat ini, saya masih sedar diri dan ruang lagi," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain