suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan saja-saja ‘shirtless’ di media sosial... Ikmal Amry mohon maaf, cuba kurangkan content tayang badan

Ikmal akan lebih berjaga-jaga untuk tayang badan selepas ini.

TINDAKAN berkongsi foto dan video tidak berbaju di media sosial mengundang rasa kurang senang netizen, pelakon Ikmal Amry tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafannya itu.

Mengakui hantaran tersebut dibuat atas kehendaknya sendiri, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, menjelaskan tindakan itu dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja.

"Saya buat itu semua memang ikut kehendak watak dan lain-lain. Tapi ada juga yang saya terlepas iaitu saja-saja buka baju. Itu memang kehendak saya sendiri.

Ikmal berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Saya minta maaf atas khilaf saya itu dan saya akan cuba untuk tidak menunjukkannya lagi selepas ini," katanya kepada mStar. 

Ikmal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Malam Gala The Furious Pertarungan Maruah di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Mengulas mengenai penerimaan keluarga, Ikmal mendedahkan isterinya iaitu Najla Samshul kurang bersetuju dengan tindakan menayangkan tubuh badan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry menangis Aedy Ashraf selit RM50 bawah dompet, kenang jasa baik sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry buka kisah lampau, beberapa kali dicabul... “Dia nak cium dan pegang bawah”

"Sebenarnya isteri saya memang tidak okey dengan perkara itu. Selepas kahwin, banyak kali dia kata sudah tidak perlu buat lagi.

"Tetapi disebabkan saya berada dalam bidang ini (kecergasan), memang kadang-kadang terlepas juga," ujarnya.

Menyedari kesilapan dilakukan itu, Ikmal berkata dia tekad untuk mengurangkan perkongsian berkenaan di media social. 

"Sekarang ini saya mahu 'slow down' dan tidak lagi tunjuk badan. Sebab sampai bila sahaja nak dapat badan macam ini?

"Baru-baru ini saya sertai sembilan acara Hyrox, empat daripadanya saya buka baju dan sudah kena teguran. Sekarang kalau sertai Hyrox, saya sudah pakai baju penuh. 

Isteri juga ada menegur Ikmal untuk tidak lagi menayang badan, 

"Saya hanya akan buat (buka baju) untuk tuntutan kerja sahaja," jelasnya.

Untuk info, Ikmal merupakan salah seorang bintang bagi filem The Furious yang bakal ditayangkan di semua pawagam bermula 28 Mei ini. 

Selain Ikmal, pelakon lain yang turut sama ialah Zul Ariffin, Sky Iskandar, Marissa Yasmin, Zamarul Hisham dan Sandra Lim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain