SELEPAS hampir dua dekad menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), penyanyi Mila Jirin berkongsi cerita kehilangannya daripada industri seni. Memikul tanggungjawab menyara keluarga, Mila atau Norsyarmilla Jirin, 39, berkata kehidupannya berubah selepas pendapatan sebagai penyanyi mula merosot sekitar tahun 2009. "Orang selalu tanya saya, kenapa lepas menang AF, Mila macam hilang?"Saya tak hilang, saya cuma sedang bertahan. Tahun 2009 pendapatan saya sebagai penyanyi mula jatuh. Mila dedah sebab menghilang selepas AF5."Waktu itu saya dah bawa mak ayah ke KL dan minta mereka berhenti kerja sejak 2007," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu. Dalam pada itu, Mila mendedahkan keputusan membawa keluarga berhijrah ke Kuala Lumpur turut hadir bersama tanggungjawab besar.Lebih-lebih lagi, ketika itu adik-adiknya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan besar."Adik-adik masih sekolah. Rumah perlu dibayar, dapur perlu berasap. ARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin janji tak berhenti menyanyi, ada impian bertanding di pentas AJLARTIKEL BERKAITAN: Suami beri lampu hijau, Mila Jirin bakal rakam lagu ciptaan Amylea"Saya tak boleh patah balik, jadi saya buat apa saja untuk cari duit harian. "Saya jual kek online, saya buka restoran kecil di Puchong, waktu itu saya bukan bos. Hidup saya habis di dapur," ujarnya. Dalam pada itu, Mila turut mengimbau detik sukar apabila terpaksa mengetepikan impiannya sebagai penyanyi demi kelangsungan hidup keluarga."Saya masih ingat satu malam saya berdiri dekat dapur restoran. Comot, pakai apron. Penat. Di TV ada lampu pentas, di tangan saya ada senduk. Mila bertahan demi tanggungjawab kepada keluarga. "Saya tengok mereka menyanyi, saya tengok diri sendiri dan menangis. Ini bukan hidup yang saya impikan. Saya nak menyanyi. Saya nak berada di pentas. Tapi waktu itu saya perlu jadi anak yang kuat dulu. "Saya jarang pergi majlis anugerah. Bukan sebab tak nak tapi sebab tak mampu. Saya terpaksa memilih antara duit untuk baju, mekap atau duit untuk barang dapur keluarga. Saya pilih keluarga," jelasnya. Sementara itu, Mila turut mengakui pernah berdepan pelbagai tanggapan negatif daripada masyarakat yang menyifatkan dirinya sudah tidak relevan dalam industri hiburan."Pernah orang cakap saya dah tak laku, pernah orang tanya kenapa dah tak keluar TV, kenapa dah tak menyanyi?Mila masih mempunyai minat dalam bidang nyanyian."Saya senyum tapi dalam hati saya jawab saya tengah bertahan. Tahun 2013 saya buat keputusan paling berat. Saya berhenti menyanyi bukan sebab dah tak cinta nyanyian tapi sebab terlalu penat. "Waktu itu saya mula bisnes bersama sahabat baik saya yang hari ini menjadi suami saya. Kami bermula dengan katering kecil-kecilan. Sedikit demi sedikit, bisnes kami membesar," ujarnya. Untuk rekod, Mila dinobatkan sebagai juara AF5 pada Mei 2007.Naib juara menjadi milik Ebi Kornelis dari Sabah, manakala tempat ketiga dimenangi Aswad.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!