MENYIMPAN wang setiap bulan sememangnya menjadi cabaran buat ramai individu, terutama apabila sebahagian besar pendapatan habis digunakan untuk melunaskan pelbagai komitmen harian.Bagi mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, usaha untuk mengetepikan RM100 sebagai simpanan juga dianggap sukar kerana mereka perlu mengutamakan keperluan lain yang lebih mendesak. Bagaimanapun, ramai tidak sedar sebenarnya jumlah simpanan sekitar RM300 sebulan masih boleh dicapai jika anda menggunakan cara yang betul.Menurut seorang wanita di Threads, dia mampu menyimpan RM300 sebulan selepas mempelajari satu trick di aplikasi TikTok."Dulu saya ada terbaca, orang tu kata kalau baru nak mula menyimpan, jangan terus letak jumlah besar. Auto transfer RM5 sehari pun sebenarnya sudah memadai.ARTIKEL BERKAITAN: Slip gaji makin ‘clean’, pemuda ini kongsi formula rahsia langsai hutang kenderaan dan PTPTN guna teknik paling sistematik"Jadi tahun ini saya cuba amalkan cara itu tetapi saya naikkan kepada RM10 sehari dengan menggunakan auto transfer dari akaun bank utama ke akaun bank lain."Memang langsung tak terasa. Tahu-tahu hujung bulan simpanan cecah RM300. Saya jadi sayang nak keluarkan duit tu sebab rasa penat menyimpan RM10 setiap hari," ujarnya.Menurut wanita itu, kaedah berkenaan bukan sahaja lebih senang, malah memberi kepuasan apabila melihat jumlah simpanan semakin bertambah dari semasa ke semasa."Rasa seronok juga apabila tengok jumlah simpanan makin bertambah sepanjang 30 hari kerana prosesnya nampak lebih santai dan konsisten."Sejujurnya cara ini lebih berkesan untuk saya berbanding terus masukkan RM300 sekali gus ke dalam akaun simpanan," ujarnya lagi.