RAMAI pemilik rumah beranggapan segala urusan telah selesai sebaik sahaja pinjaman perumahan habis dibayar dan surat penyelesaian (settlement letter) dikeluarkan oleh bank.Namun menurut Perancang Kewangan Berlesen, Faiz Mohamad, masih terdapat satu langkah penting sering diabaikan iaitu proses pelepasan gadaian pada geran rumah atau Discharge of Charge. Menurut Faiz, selagi proses ini belum dilakukan, nama bank masih kekal sebagai pemegang cagaran pada geran walaupun hutang telah diselesaikan sepenuhnya.“Dari sudut dokumentasi, hartanah tersebut masih terikat dengan bank walaupun pinjaman sudah habis bayar,” katanya.Proses pelepasan gadaian ini melibatkan bank mengeluarkan dokumen pelepasan sebelum peguam menguruskan pendaftaran di pejabat tanah, bagi memastikan geran kembali sepenuhnya atas nama pemilik tanpa sekatan.Proses jual beli menjadi lebih lancar apabila geran bebas daripada cagaran bank. -Gambar hiasan AIKenapa pelepasan gadaian ini penting?Faiz menjelaskan terdapat beberapa kepentingan utama yang sering dipandang remeh oleh pemilik rumah:1. Memudahkan urusan jual rumahProses jual beli menjadi lebih lancar kerana geran sudah bebas daripada cagaran bank, sekali gus mengelakkan proses tambahan yang boleh melambatkan transaksi.2. Memudahkan urusan pusakaSekiranya berlaku kematian, waris lebih mudah menguruskan harta kerana geran sudah “bersih” tanpa sebarang tuntutan bank.3. Elak masalah dokumen hilang atau tertangguhTerdapat kes di mana dokumen lama sukar diperoleh semula akibat perubahan struktur bank atau kehilangan rekod, sekali gus menyukarkan proses pelepasan gadaian kemudian hari.Tanda sebenar rumah sudah jadi milik mutlakMenurut Faiz, walaupun kedengaran simbolik, terdapat perbezaan besar apabila geran benar-benar bebas daripada sebarang gadaian, ia menandakan rumah tersebut sudah menjadi aset penuh milik pemilik tanpa ikatan dengan institusi kewangan.Selain itu, beliau turut menasihatkan agar pemilik rumah membuat semakan semula aliran tunai selepas pinjaman selesai.Katanya, terdapat kecenderungan untuk meningkatkan perbelanjaan gaya hidup apabila komitmen bulanan berkurang, sedangkan jumlah tersebut boleh dimanfaatkan untuk pelaburan jangka panjang.“Jika sebelum ini membayar RM1,500 sebulan selama 30 tahun, bayangkan jika jumlah itu dilaburkan semula, kesan kompaun dalam 10 hingga 20 tahun boleh menjadi sangat besar,” katanya.Beliau menegaskan bahawa habis bayar rumah bukan pengakhiran perjalanan kewangan, sebaliknya ia merupakan permulaan kepada fasa membina kekayaan yang lebih kukuh.