suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia kata orang tempatan bodoh!” - Ibu ‘menyirap’ anak 2 tahun disamakan macam monyet, ikut hati nak tumbuk wanita Rohingya

Gangguan berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak tidak selesa dan mulai menangis. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa terkilan dan bengang  selepas anak lelakinya yang berusia dua tahun dihina dan diganggu secara lisan oleh wanita Rohingya.

Wanita itu berkata, kejadian berpunca ketika dia membawa si kecil itu ke sebuah kedai dobi yang pada awalnya sunyi tanpa kehadiran pelanggan lain.

Ceritanya, si anak yang teruja melihat proses membasuh baju mula ketawa keriangan sebaik sahaja mendengar bunyi syiling dimasukkan ke dalam mesin.

Warga Rohingya kerap membuat gangguan di klinik kesihatan kerajaan. -Gambar hiasan AI

Warga Rohingya juga didakwa kerap membuat gangguan di klinik kesihatan kerajaan. -Gambar hiasan AI

“Anak aku seronok apabila dia dengar bunyi syiling jatuh. Kemudian, ada seorang wanita Rohingya datang dan tegur anak aku.

“Dia samakan gelak anak aku tu dengan bunyi monyet. Aku terkejut dan tanya... what?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat you orang Malaysia?” - Jururawat kerajaan tengking wanita Rohingya buat kacau di klinik, berani pertikai kos rawatan!

ARTIKEL BERKAITAN: Budak Rohingya tapau makanan, siap bawa geng... Pengantin dah tak senang duduk, kek kahwin pun nyaris kena kebas!

Mengulas lanjut, wanita itu pada mulanya cuba mengambil pendekatan untuk mengabaikan sahaja teguran biadab tersebut dan meneruskan urusan membasuh pakaian, sementara anaknya bermain di kawasan bangku berdekatan.

Bagaimanapun, tindakan mendiamkan diri itu tidak memadai apabila wanita warga asing terbabit sekali lagi menghampiri anaknya sambil menegur kanak-kanak itu dengan alasan kononnya nakal.

“Aku masih cuba melayan dia dengan baik. Tapi apabila aku ambil anak untuk didukung, dia masih datang mengusik dan cubit pipi anak aku.

“Anak aku mula berasa tidak selesa, jadi aku bawa dia keluar dari kedai dobi,” katanya.

Situasi menjadi semakin tegang apabila wanita Rohingya itu didakwa terus mengekori mereka hingga ke luar premis, sebelum mula mengeluarkan kata-kata hinaan fizikal terhadapnya.

“Dia kemudian membuat komen mengenai tubuh badan aku dan kata aku gemuk. Aku apa lagi menyirap la. Aku cakap dia busuk dan minta dia jangan kacau kami. 

"Dia tak puas hati dia kata orang tempatan bodoh. Ikut hati aku nak tumbuk je dia, tapi anak pula dah menangis apabila dengar aku tinggi suara," katanya.

  • Anak dua tahun didakwa dihina dan diganggu seorang wanita Rohingya di dobi.
  • Gelak anak disamakan dengan monyet sebelum pipinya didakwa dipicit.
  • Ibu turut mendakwa dihina gemuk selepas wanita itu mengikutnya keluar.
  • Anak wanita berkenaan didakwa demam selepas kejadian.
  • Perkongsian itu mencetuskan rasa geram dalam kalangan netizen.

Tambah wanita itu lagi, insiden hitam berkenaan turut memberi kesan emosi kepada si kecil apabila anaknya mengalami demam sejurus selepas diganggu.

Perkongsian luahan emosi itu dengan cepat meraih perhatian ramai di media sosial.

Rata-rata netizen menyuarakan kemarahan dan mendakwa sebahagian besar golongan berkenaan semakin biadab serta melampaui batas.

"Boleh cakap anak orang monyet, dia tak sedar ke mereka tu sendiri perangai macam kera.

"Patut kena bagi sedas, geram pula kita siap hina pula tu. Biadab sungguh," komen warga maya.

Artikel Lain