suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa ‘nyawa-nyawa ikan’ ditolong, apabila sihat tuduh menantu menyundal! Wanita menyesal hulur RM1,000 bantu kos dialisis mentua

Setiap menantu pasti berusaha untuk mengambil hati ibu mentua masing-masing. -Gambar hiasan AI

NIAT murni seorang wanita membantu membiayai kos pemasangan tapak dialisis ibu mentua bertukar menjadi episod penyesalan panjang.

Mana tidaknya, walaupun sudah berhabis simpanan demi keluarga suami, kedudukannya tetap tidak lebih daripada seorang 'orang luar'

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia pernah mendahulukan wang simpanannya sebanyak RM1,000 ketika keluarga suaminya kesempitan dana untuk membayar kos pemasangan tapak dialisis yang perlu dilakukan dengan segera.

Namun, sebaik sahaja ibu mentuanya kembali sihat, wanita berkenaan mendakwa dia mula berdepan dengan pelbagai tuduhan berat yang amat menggores hati.

Golongan suami perlu menghormati dan lebih memahami situasi isteri sendiri. -Gambar hiasan AI

"Mak mentua saya kena pasang cepat tapak dialisis tu. Adik-beradik suami pula kekurangan RM1,000 untuk bayar kos rawatan tu. Jadi saya dengan naifnya hulurkan jumlah tersebut.

"Saya buat atas dasar mak mentua ibarat mak sendiri. Saya pula masih di fasa awal perkahwinan. Rupanya saya silap. Menantu ni tetap la orang luar bagi mak mentua saya.

"Apabila dia sudah sihat, dituduhnya saya ni bawa jantan masuk rumah, malas bekerja dan saya ni tak pandai jaga anak-anak. Dituduhnya juga saya tak tolong suami dan macam-macam lagi," ujarnya.

Demi menjaga ketenteraman jiwa dan emosi, dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengurangkan pertemuan dengan ibu mentuanya jika tiada urusan penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua layan menantu macam ‘kain buruk’, ugut cari isteri baru untuk anak jika gila meroyan dalam pantang!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mahu majlis besar untuk cucu tapi langsung tak sponsor, merajuk anak nak buat akikah rumah mentua

Malah, wanita terbabit turut mendakwa pernah meminta suaminya mendapatkan semula wang RM1,000 yang dipinjamkan kepada keluarga mentua, namun hasrat itu ditolak mentah-mentah.

"Pelbagai usaha saya cuba untuk berbaik tapi saya ni tetaplah dituduh dengan bermacam-macam benda buruk. Saya pun ambil keputusan untuk tak berjumpa selalu dengan mak mentua saya.

"Saya ada beritahu suami yang saya nak semula RM1,000 tu. Tapi dia cakap siapa suruh bagi masa tu? Kalau tahu macam ni sekarang, saya biar je mak dia dalam keadaan sudah nyawa-nyawa ikan masa tu," katanya.

Perkongsian luahan hati itu mendapat perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

  • Hulur RM1,000 bantu mak mentua, akhirnya dibalas tuduhan.
  • Niat ikhlas membantu bertukar menjadi penyesalan.
  • Wanita dakwa tetap dianggap orang luar.
  • Suami enggan bantu minta pulangkan wang RM1,000.
  • Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah, ada yang melemparkan kenyataan agak melampau terhadap ibu mentua wanita berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian netizen lain tetap menasihatkan agar kemelut itu diselesaikan secara berhemah tanpa mengeruhkan lagi hubungan kekeluargaan.

"Orang kena dialisis ni memang otak jadi tak betul sikit. Kalau tak tahan duduk dengan dia, keluar dari rumah tu atau hadap je la. Kalau dah nyanyuk tu, dialisis pun tak berguna lagi dah.

"Cakap dekat mak mentua tu sedar diri sikit. Kalau awak tak tambah RM1,000 untuk tapak dialisis tu mungkin tak hidup sampai sekarang. Tahu-tahu meninggal dah dekat katil hospital.

"Awak cakap macam ni... kalau tahu perangai macam ni, saya relakan saja mak pergi macam tu je. Biar sedar diri sikit orang tua tu," komen sebahagian netizen pada hantaran berkenaan.

Artikel Lain