MENGGUNAKAN khidmat dan menaja selebriti bukan sesuatu yang asing dalam kalangan usahawan bagi memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan.Namun tidak bagi seorang pengusaha bakeri yang mempersoalkan keperluan menaja selebriti yang belum tentu mendatangkan sebarang kebaikan kepada perniagaannya. Bercerita mengenai pengalaman sendiri, dia menerima panggilan daripada individu yang bertanya mengenai tajaan untuk selebriti namun enggan memperincikan tujuan atau butiran mengenainya.Netizen beranggapan tidak berbaloi menaja artis sekiranya tajaan itu tidak memberi impak. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba minta tajaan. Artis itu pernah beli dekat saya ke? Ada ke dia telefon terus tanya hi, ada buat sponsor untuk celebrity tak?"Saya pun jawab, kenapa nak kena sponsor?"Dia balas dalam nada menekan so sekarang ada buat ke tak sponsor? Saya ulang lagi, kenapa nak kena sponsor? Terus dia letak telefon," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘panas’ suami asyik ungkit taja umrah setiap kali bergaduh, tak fikir panjang terus ‘transfer’ RM13,000 - “Aku tak hadap!”ARTIKEL BERKAITAN: Adik nak konvo minta taja penginapan famili, hadiah jambangan bunga... Kakak serba salah fikir bajet barang sekolah anakJelasnya, dia bukan berlagak atau enggan melayan pertanyaan individu tersebut namun kecewa dengan caranya meminta tajaan yang dianggap tidak mempunyai adab."Kalau nak minta tajaan bukankah lebih baik terangkan dulu tujuannya? Kenapa perlu ditaja? Apa manfaat kepada bisnes yang menaja?"Tajaan ialah kerjasama dua hala. Bukan sekaar meminta barang percuma. Brad Pitt sekalipun, belum tentu saya nak taja," katanya.Pengusaha bakeri persoal tindakan individu yang meminta tajaan untuk selebriti.Katanya, tajaan bukan sekadar meminta produk percuma.Dia mahu tujuan dan manfaat tajaan dijelaskan terlebih dahulu.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Netizen berpendapat tajaan artis tidak semestinya menguntungkan usahawan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan tidak berbaloi untuk mana-mana usahawan menaja artis pada zaman ini."Nak tahu sebab apa? Mana ada orang tengok kredit penaja. Penonton dah tak peduli, bukan macam zaman awal 2000."Kalau taja dekat IG Story bertahan 24 jam. Ada sesetengah tu tak sampai 24 jam dia dah padam," komen warga maya.