suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar universiti sindir suri rumah, hina wanita ‘kerja’ hantar anak sekolah - Sekurang-kurangnya saya laku, orang buat jadi bini”

Jaga bahasa dan pertuturan ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan AI

PILIHAN seorang wanita bergelar suri rumah sepenuh masa dan memberi tumpuan kepada keluarga tidak sepatutnya dipertikaikan kerana setiap orang ada prinsip tersendiri.

Namun seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila disindir oleh 'kaumnya' sendiri yang merupakan pelajar universiti.

Menurutnya, dia terdengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan yang menyindir golongan ibu ketika menaiki sebuah lif.

Menguruskan rumah tangga bukan satu urusan mudah bagi suri rumah. -Gambar hiasan

"Semua perempuan. Saya berdiri di hadapan mereka dan mereka semua berada di belakang saya.

"Sekali saya terdengar seorang tu gelak dan kawan dia cakap memang tak la nak kerja hantar anak ke sekolah je.

"Saya nak cakap dekat adik, kakak ini seorang mak yang ada degree hantarkan anak ke sekolah.

"Kalau tak ada sijil pelajaran pun apa masalah kau? Sebelum saya keluar lif, saya pandang belakang. Saya side eye (jeling) mereka seorang demi seorang. Puas hati aku!," ceritanya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berhenti kerja alami ‘speech delay’ lepas jadi suri rumah... Dakwa otak makin ‘tumpul’, cepat baran

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri suri rumah dihimpit rasa berdosa, suami tak reda pandai-pandai guna duit dalam bank waktu terlantar sakit

Dia mengakui kata-kata itu membuatkan dirinya terkilan kerana peranan seorang ibu tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran.

Apatah lagi, kata-kata yang dilemparkan itu dikeluarkan oleh kaum wanita yang dilihat terpelajar.

"Kenapa nak kena rendahkan perempuan lain? Muka pun tak seberapa. Sekurang-kurangnya saya ni laku juga, orang buat jadi bini.

"Ingat senang ke jadi mak? Tak kisah la mak tu kerja ke tak, jadi mak tak ini tak senang. Kahwin dulu la baru komen ye dik," ujar wanita itu lagi.

  • Ibu ada ijazah dakwa disindir kerana hanya hantar anak ke sekolah.
  • Wanita kesal diperlekeh kerana memilih jadi suri rumah.
  • Sindiran didakwa datang daripada sekumpulan pelajar universiti.
  • Luahan wanita itu mengundang sokongan ramai netizen.
  • Netizen tegaskan tugas seorang ibu bukan sesuatu yang mudah.

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempertahankan golongan ibu dan menyifatkan setiap wanita mempunyai pilihan hidup masing-masing.

"Dia pun hidup tak 'lepas' lagi, ada hati nak gelakkan mak-mak yang kebanyakannya berpelajaran.

"Kalau tidak ada diploma sekali pun, sekurang-kurangnya hidup sebagai suri rumah yang jaga anak-anak," antara komen netizen. 

Artikel Lain