Rasa sakit ditipu teman lelaki ialah satu kesan emosi yang sangat berat dan menyakitkan. -Gambar hiasan AI
LIMA tahun menyulam kasih dan membayangkan masa depan bersama, seorang wanita akhirnya terduduk apabila mengetahui lelaki yang disangkakan calon suami rupa-rupanya sudah berstatus suami orang.Sepanjang tempoh itu, dia langsung tidak pernah menyimpan rasa curiga kerana kekasihnya itu tersangat bijak mengatur dan menyembunyikan 'kehidupan berganda' yang dijalankannya. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.Rahsia lelaki itu akhirnya terbongkar secara tidak sengaja menerusi sejarah carian di aplikasi ChatGPT pada telefon bimbitnya."Clean betul kerja dia. Boleh pula dia bergayut dengan saya sampai pukul 2 hingga 3 pagi. Hari-hari kami berjumpa. Sampai sekarang saya tak habis fikir macam mana dia boleh buat semua ni.Wanita yang baik tidak akan mengganggu rumah tangga orang lain. -Gambar hiasan"Tapi macam mana kantoi? Jawapannya dekat ChatGPT. Saya memang biasanya boleh pegang telefon dia. Dia gunakan telefon model terbaharu jadi cantik untuk selfie dan edit. "Tapi ada satu hari tu saya teringin nak cuba prompt yang ada dekat Threads. Sekali tertengok history (sejarah perbualan) dalam ChatGPT, nampak dia banyak guna untuk cipta design bisnes," ujar wanita itu.Niat asal mahu mencuba fungsi aplikasi tersebut bertukar rasa pelik apabila dia menjumpai nama sebuah syarikat dalam sejarah carian berkenaan, sedangkan kekasihnya sebelum ini mengaku sekadar bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas.Didorong rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia kemudian membuat carian di Internet mengenai jenama itu sebelum terkejut besar apabila mendapati pemilik perniagaan berkenaan ialah seorang wanita yang sebenarnya isteri kepada teman lelakinya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita akhirnya pilih cerai setelah suami 13 kali curang siap bukti, pertama kali kantoi sejam selepas akad nikahARTIKEL BERKAITAN: “Mereka buat di ruang tamu” - Isteri lupa ada CCTV, kantoi ‘seludup’ 2 lelaki masuk rumah ketika Ramadan"Dalam hati terdetik adalah teman lelaki saya ni business owner tapi merendah diri nak uji saya. Sebabkan sifat ingin tahu tinggi, saya suruh ChatGPT buat logo. Maka logo pun keluar sekali dengan nama syarikat."Saya pun cari brand tu tapi pelik sebab itu jenama perempuan. Akhirnya saya pun jumpalah pemiliknya, iaitu isterinya. Luluh hati pecah berderai. Terus saya hubungi isteri dia dalam keadaan anxiety."Masa tu masih bersangka baik sebab mungkin sudah berpisah. Tapi tidak ya. Tu memang perniagaan isteri dia. Si jantan tak guna ni biawak hidup. Semua isteri dia punya, dia tak ada apa-apa," ceritanya lagi.Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu turut mendakwa segala kemewahan dan hadiah yang dinikmatinya sepanjang lima tahun menyulam cinta sebenarnya ditanggung menggunakan wang milik isteri lelaki berkenaan.Lima tahun bercinta, ChatGPT bongkar kekasih rupanya suami orang.Curiga sejarah ChatGPT, wanita temui isteri teman lelaki.Jaga jodoh orang lima tahun, rahsia terbongkar di ChatGPT.Teman lelaki guna dua telefon, lima tahun tak pernah kantoi.ChatGPT dedah rahsia, wanita rupanya bercinta dengan suami orang.Ringkasan ini dijana oleh AILebih mengecewakan wanita itu, pasangan suami isteri berkenaan rupanya tidak menjalani hubungan jarak jauh sebaliknya tinggal sebumbung sepanjang tempoh lima tahun mereka bercinta.Menyedari dia menjadi mangsa penipuan, wanita terbabit mengambil tindakan berani mendampingi isteri kekasihnya untuk menjelaskan situasi sebenar."Saya sebagai perempuan memang sakit hati ditipu. Tapi apabila baca mesej daripada isteri dia, saya terus meraung. Bayangkan jika saya dekat tempat isteri dia. Sesakit itu jadi isteri dia."Lelaki ni pakai dua buah telefon bimbit. Saya tak tahu apa alasan dia curang sebab saya dah block dia dekat semua platform. Cukup la jadi bodoh lima tahun. Dah jadi anak dara tua. Kami tak sempat bertunang. "Dia ada jumpa parents saya tapi alasan tak kahwin lagi sebab nak kumpul harta dulu. Saya ada tabiat kumpul handbag, perfume dan emas. Si jantan ni memang support minat saya... dia belikan semua kecuali emas," ceritanya.