suria

“Mereka buat di ruang tamu” - Isteri lupa ada CCTV, kantoi ‘seludup’ 2 lelaki masuk rumah ketika Ramadan

Rakaman CCTV juga boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya pasangan berlaku curang. -Gambar hiasan AI

HAMPIR setiap hari, pasti ada sahaja kes curangyang ditularkan di media sosial sehingga ia kecoh dan menjadi bualan netizen.

Terbaharu, seorang lelaki turut meraih perhatian warga maya selepas mendakwa isterinya tergamak melakukan perbuatan terkutuk ketika bulan Ramadan lalu.

Dalam hantaran di laman X, lelaki itu berkata dia juga sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya.

Press conference about the safety in Taman Taynton View, Cheras.

Peningkatan kes jenayah menyebabkan ramai individu mula memasang CCTV di kediaman mereka. -Gambar hiasan AI

"Aku akan ke mahkamah untuk ceraikan isteri. Tak sabar. Kantoi puasa ke-16 semasa aku outstation, dia bawa dua lelaki masuk rumah.

"Mereka buat hubungan intim di ruang tamu. Dia lupa kot yang aku pasang kamera litar tertutup (CCTV). Masa tu aku save video, aku buat laporan polis.

"Aku pergi sendiri ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Aku pun dah jumpa mak ayah dia, mereka suruh ceraikan je," tulis lelaki itu.

  • Seorang lelaki mendakwa isterinya curang ketika bulan Ramadan.
  • Dia mendakwa memiliki bukti rakaman CCTV di kediamannya.
  • Isterinya didakwa membawa dua lelaki pulang ke rumah.
  • Lelaki itu nekad untuk ke mahkamah bagi menceraikan isterinya.

Perkongsian itu turut dihujani hampir 100 komen netizen yang mana rata-ratanya memberi sokongan kepada lelaki berkenaan.

"Moga dipermudahkan urusan bang. Jangan bagi muka. Kalau ada anak, lagi senang nak dapat hak penjagaan apabila ada bukti macam ni.

"Semoga Allah gantikan dengan wanita yang cantik pada rupa, cantik hati, cantik perangai dan cantik imannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terdiam depan doktor selepas didiagnos alami sifilis... Akhirnya tebongkar aktiviti kelamin luar bilik tidur!

ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh sikit terus kena tepis! Isteri terdetik ikat suami atas katil, geram asyik tolak ajakan ‘buat’ anak

"Gila kes curang ni. Betapa murahnya maruah dia, dah ada suami pun masih cari lelaki lain," tulis netizen.

Namun, ada juga segelintir pelayar X yang meragui kesahihan kisah berkenaan.

Malah, ada juga individu yang berjenaka lucah dan meminta lelaki itu memuat naik video kecurangan isterinya.

Sebagai peringatan, perbuatan zina ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Artikel Lain