AKTIVITI seks bebas serta amalan bertukar-tukar pasangan boleh menjadi punca seseorang dijangkiti penyakit kelamin.Di platform X, seorang individu mendakwa isteri rakannya turut dijangkiti sifilis selepas dipercayai menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki lain. "Kawan aku dan isterinya pergi ke klinik. Isteri dia mengadu sakit. Rupanya isteri dia dijangkiti sifilis.Individu yang sudah berumah tangga tidak sepatutnya menduakan pasangan. -Gambar hiasan AI"Doktor terus tanya ada berapa orang partner? Isteri dia hanya terdiam apabila dah kantoi," tulis individu itu.Di sebalik perasaan kecewa, dia berkata rakannya itu tetap mahu menyelamatkan rumah tangga demi masa depan anak mereka."Sekarang kawan aku tetap nak teruskan perkahwinan. Dia tak nak anak dia tiada mak. Macam mana nak bagi kata-kata semangat dekat dia?Seorang pelayar X mendakwa isteri rakannya dijangkiti sifilis.Wanita itu dipercayai curang dan bertukar pasangan seks.Rakan individu itu tetap mahu mempertahankan rumah tangga.Keputusan itu dibuat demi masa depan anaknya yang masih kecil.Ringkasan ini dijana oleh AI"Betul ke kalau bercerai, nanti kehidupan anak tu akan jadi cacamarba?" tulisnya lagi.Di ruangan komen, ramai pelayar X meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu selepas dikhianti isteri sendiri.Malah, ada yang turut memberi saranan agar dia menceraikan isterinya kerana kesalahan itu terlalu besar untuk dimaafkan.ARTIKEL BERKAITAN: Terus kena cop sifilis! Pemuda runsing bintik-bintik merah bernanah penuh di wajah, netizen sangka penyakit kelaminARTIKEL BERKAITAN: Doktor dedah pengalaman klinikal rawat pesakit STD... Wanita bersuamikan anggota keselamatan, pemandu lori paling ramai jadi mangsa!"Kalau dah seteruk itu, memang tiada jalan lain kecuali cerai. Carikan mak baru untuk anak."Bertukar pasangan ni dah level pelacur bukan terlanjur. "Lebih baik bercerai sebab isteri dah kantoi makan luar," tulis netizen.