suria

“Boleh ke saya gugurkan?” - Wanita tak rela hamil lagi, tertekan fikir nasib anak sulung baru umur 11 bulan

Suami isteri perlu bijak merancang keluarga. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN cahaya mata dianggap sebagai rezeki serta penyeri dalam kehidupan suami isteri.

Namun, seorang wanita di Thread mengundang perhatian netizen selepas meluahkan hasratnya untuk menggugurkan kandungan.

"Saya disahkan mengandung lagi sedangkan anak sulung baru nak masuk umur 11 bulan. Dalam Islam kandungan bawah empat bulan tak dihembuskan roh lagi kan?

Ramai pasangan menanti bertahun-tahun sebelum dikurniakan rezeki cahaya mata. -Gambar hiasan AI

"Boleh ke saya gugurkan atas sebab kos sara hidup dan kesihatan mental? Saya dah jumpa doktor, dia suruh bagi jawapan sebelum pertengahan April.

"Memang khilaf saya dan suami sebab merancang sendiri. Rancng nak ambil pil perancang lepas anak sulung umur setahun sebab takut kacau susu badan. Tapi kami terbabas," tulis wanita itu.

Di ruangan komen, ramai netizen menasihati wanita itu agar dia menerima ketentuan Allah dan meneruskan kandungannya.

  • Seorang wanita luah hasrat untuk mengugurkan kandungannya.
  • Dia tidak sanggup untuk bersalin lagi kerana anak sulung baru berusia 11 bulan.
  • Dia berkata keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kewangan serta kesihatan mentalnya.
  • Ramai netizen beri nasihat kepada wanita itu agar dia meneruskan kandungannya.

"Jangan gugurkan. Kalau tak nak, nanti bagi orang lain. Awak boleh bagi kepada pasangan yang memerlukan anak.

"Ada orang sanggup habiskan beribu untuk mengandung, ada yang tunggu bertahun-tahun. Sis kena percaya dengan rezeki Allah," tulis netizen.

Menurut Mutfi Wilayah Persekutuan, roh belum lagi ditiupkan ke dalam kandungan yang berusia empat bulan atau kurang daripadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: “Beria sangat ‘lepas’ dalam, Ini benih dia!” - Isteri rela mati, tak sanggup ikut kemahuan suami suruh gugur kandungan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang diputuskan pada 7 Mac 1990 menyatakan, Ijmak Fuqaha’ mengharamkan pengguguran janin yang sudah berumur lebih 120 hari.

Ini kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang sudah ditiupkan roh kecuali bertujuan menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan teruk.

Sebagai kesimpulan, kandungan berusia empat bulan dan ke atas tidak boleh digugurkan kecuali untuk menyelamatkan nyawa ibu setelah mendapat nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang berautoriti.

Artikel Lain