suria

Duda hidup tak tenang, foto ‘burung’ jatuh ke tangan kawan-kawan! Bekas isteri balas dendam lepas bercerai, sebar cerita dalam kain

Penyebaran gambar bogel boleh memusnahkan kehidupan mangsa. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berstatus duda mendakwa hidupnya kini tidak tenteram selepas dia diugut oleh bekas isterinya.

Dalam hantaran di X, dia mendakwa wanita itu menyebarkan foto bogelnya sehingga ia menjadi bahan tontonan rakan-rakan mereka.

"Apa patut saya buat? Saya baru bercerai empat bulan lepas sebab isteri kantoi buat hubungan sulit dengan budak pejabat dia.

People using social media applications through mobile phone. Story on avoid social media scam. — FAIHAN GHANI/The Star

Penyebaran gambar bogel merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. -Gambar hiasan

"Sekarang dia sebarkan gambar bogel saya dekat kawan-kawan. Dia cerita buruk, cakap saya cepat ejakulasi dan kemaluan tak keras. Dia kata itu punca dia curang.

"Padahal anak kami dah dua orang. Setiap kali dia nak bersama, saya ikutkan. Itu pun dia cakap bukan-bukan lagi," tulis lelaki itu.

Menurutnya lagi, dia juga berdepan tekanan emosi apabila foto bogelnya itu menjadi bahan jenaka rakan-rakan.

  • Seorang duda hidup tidak tenang selepas foto bogelnya tersebar.
  • Dia mendakwa bekas isterinya menjadi dalang penyebaran foto aib itu.
  • Dia terfikir untuk membuat laporan polis kerana tidak tahan menanggung malu.
  • Netizen beri saranan agar dia melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang.

"Boleh ke saya lapor kepada polis tentang tindakannya sebarkan gambar tu? Saya dah penat. Setiap kali terserempak dengan kawan-kawan, mesti kena kutuk.

"Saya rasa memang kena buat laporan. Sekarang anak-anak kami di bawah penjagaan saya," ujarnya lagi.

Rata-rata pelayar X menyatakan rasa simpati terhadap lelaki itu, malah mereka turut menggesa agar dia membuat laporan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti ‘berahi’ di jirat Cina tergendala! Wanita rakam pasangan berbogel atas batu nisan

ARTIKEL BERKAITAN: Penjenayah rakam gambar bogel ‘influencer’, curi data biometrik... Paling aib paksa keluarkan air mani!

"Bukan hanya laporan polis, tapi laporkan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Lapor polis, kemudian cari peguam. Dia nak main kotor, kau pun boleh main kotor, tapi gunalah saluran undang-undang.

"Itu dah jadi jenayah. Lagi satu ia membuka aib," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain