suria

Baru tiga minggu berkenalan, wanita terkedu dengar syarat kahwin teman lelaki... Ajak tiru konsep majlis kawan

Masalah melibatkan kos perkahwinan boleh mencetuskan pergaduhan jika tiada persefahaman. -Gambar hiasan AI

BARU empat bulan mengenali hati budi, seorang wanita kini berada dalam kebuntuan selepas jejaka pilihannya itu mengajak untuk mendirikan rumah tangga dengan syarat yang dianggap agak berat.

Mana tidaknya, lelaki tersebut meletakkan syarat agar kos majlis perkahwinan mereka nanti ditanggung secara sama rata atau '50-50'.

Menurut wanita berkenaan, isu sensitif itu sebenarnya sudah mula dibangkitkan seawal tiga minggu pertama perkenalan mereka, namun ketika itu dia hanya memberikan jawapan tidak pasti sebagai tanda mengelak.

"Saya baru kenal lelaki tu empat bulan. Boleh kata selesa juga la. Kemudian dia beritahu mahu berkahwin tapi nak kongsi 50-50 duit kahwin dengan saya.

"Dia asyik samakan dengan kawan dia kahwin yang kahwin dengan konsep sama. Masa baru tiga minggu berkenalan. Dia sembang nak kongsi duit kahwin dengan saya.

Pengurusan wang penting sekiranya mahu mengumpul duit bagi menampung kos perkahwinan. -Gambar hiasan

"Saya pun cakap dalam keadaan nak tak nak saja," ujar wanita tersebut dalam perkongsian di Threads bagi meminta pandang orang ramai.

Ujar wanita itu lagi, teman lelakinya memaklumkan jika dia menanggung sepenuhnya kos perkahwinan, tempoh agar mereka boleh berkahwin mungkin mengambil masa bertahun-tahun kerana kekangan kewangan.

Wanita itu turut mendakwa lelaki tersebut mempunyai simpanan kurang daripada RM200 walaupun berpendapatan lebih RM2,000 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak layak diperjuangkan ke?” - Bakal suami ajak ‘share’ duit hantaran RM15,000, wanita rasa maruah diri dipijak!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan bawa dadah untuk cari duit kahwin, bakal suami diburu polis

"Selepas empat bulan, dia asyik ingatkan saya, boleh ke nak kongsi kumpul duit kahwin. Apabila saya diam, dia minta simpati dengan cakap tak boleh tolong dia tak apa la.

"Dia cakap kena bantu sikit-sikit. Kalau nak harapkan dia sepenuhnya, bertahun-tahun lagi ambil masa nak kahwin.

"Tak mungkin la dia tak mampu simpan banyak sikit. Komitmen dia hanya bayar ansuran bulanan kereta saja. Dia tinggal di rumah mak ayah," dakwa wanita itu lagi.

  • Baru kenal empat bulan, lelaki ajak kahwin tapi minta kongsi kos separuh.
  • Wanita buntu bila isu duit kahwin sering diungkit pasangan.
  • Simpanan lelaki tak sampai RM200, alasan tak mampu tanggung sendiri.
  • Netizen nasihat wanita fikir semula sebelum teruskan hubungan.
  • Ramai anggap bukan masa sesuai, minta utamakan diri dahulu.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menasihatkan wanita berkenaan agar berfikir panjang sebelum meneruskan hubungan.

"Kalau awak anak saya, saya nasihatkan tak perlu teruskan.

"Jangan masuk dalam kelompok golongan lelaki macam ni. Lari dik, minta simpang. Orang lain sanggup 50-50 itu pilihan masing-masing. Dia hadap kehidupan dia pilih.

"Tak payahlah. Nikmati kehidupan dulu. Jodoh akan datang apabila serah diri (sampai masa). Apa yang silap mak-mak ye dalam mendidik anak lelaki ni," komen beberapa netizen.

Artikel Lain