SUDAH seminggu Syawal berlalu namun pengalaman meraikan hari raya di kampung halaman masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.Berlainan pula dengan wanita ini, Aidilfitri diraikan dengan perasaan sakit hati disebabkan tindakan suami menyuruh membantu menyediakan juadah rumah terbuka. Jelasnya, dia bukan tidak sudi membantu ibu mentuanya memasak di dapur tetapi bengang dengan sikap adik-beradik perempuan suami yang langsung tidak melakukan apa-apa.Lebih menyakitkan hati, semua juadah itu untuk dihidangkan kepada tetamu rumah adik-beradik iparnya yang akan datang ke rumah.Ramai yang mengadakan rumah terbuka sebagai menyambut kemeriahan Syawal. -Gambar hiasan AI"Suami masuk bilik kejut saya suruh tolong mak dia di dapur. Saya bengang, apa guna ada tiga adik perempuan tapi seorang pun tak bantu dekat dapur?"Saya suara sekali cakap, sebelum nak arah-arah aku tolong mak kau dekat dapur, kau arah adik kau tiga 'ekor' (orang) tu. Lepas itu terus senyap."Menyakitkan hati betul. Lagipun yang nak datang beraya kawan mereka. Pandai jemput tapi masak tak nak. Bodoh betul," luahnya menerusi hantaran di Threads.Tambah wanita itu, perkara tersebut bukan kali pertama berlaku, sebaliknya sudah lama dipendam sejak tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dia tak ajak, tapi nak terjah rumah orang! Wanita bengang ada puak paksa buat open house, mana common sense?ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi rumah terbuka, tuan rumah larang tetamu datang! Tapi orang kampung pula dapat makan soto dan bihun goreng"Mereka senang-senang je jemput kawan-kawan sampai tiga empat buah kereta datang ke rumah."Elok duduk menyembang gelak sakan dekat depan (ruang tamu). Kita dekat dapur ini ulang-alik pergi depan tambah makanan," jelasnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata memahami situasi dijelaskan dalam hantaran berkenaan.Malah, ada juga berpendapat jika adik-beradik terbabit turut membantu di dapur, situasi tersebut mungkin tidak menimbulkan rasa tidak puas hati.Wanita bengang disuruh bantu di dapur, adik ipar tak buat apa-apaTetamu jemputan adik sendiri, tapi kakak ipar pula dipanggil suruh tolongSuami arah bantu ibu di dapur, isteri persoal sikap adik-beradikSudah lama pendam, wanita akhirnya bersuara pagi SyawalNetizen setuju jika jemput tetamu, kena tanggungjawab sendiriRingkasan ini dijana oleh AI"Prinsipnya mudah sahaja, bertanggungjawab dengan keputusan sendiri. Malas masak, jangan jemput. Tiada siapa kisah."Maaf, mula-mula memang rasa nak marah awak tapi apabila tahu tetamu itu kawan-kawan adik ipar, memang patut awak cakap macam itu."Betul la tu, kalau semua adik-beradik ipar tolong masak mesti awak pun rasa segan tak membantu," antara komen netizen.