KEPUASAN amalan mengutip duit raya dalam kalangan kanak-kanak nampaknya semakin pudar apabila ia dicemari sikap rakus segelintir ibu bapa yang pentingkan diri.Menurut seorang wanita dia begitu terkejut apabila mengetahui tujuan sebenar seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun datang berkunjung ke rumahnya untuk beraya.Segalanya terbongkar selepas wanita tersebut, yang merasa simpati menjemput kanak-kanak itu masuk dan menghidangkan kuih serta minuman. "Saya sebenarnya kasihan dekat budak umur tujuh tahun tu. Tiba-tiba dia bagi salam. Dia cakap datang nak beraya... cuma nak duit raya je."Saya tak sampai hati jadi panggil la dia masuk dan bagi makan kuih raya dan minum air dulu. Masa tu la saya tanya macam-macam," ceritanya di Threads.Kanak-kanak perlu beradab dan tidak meminta-minta duit raya. -Gambar hiasan AIAlangkan terkejutnya apabila kanak-kanak itu mendakwa dia dihantar oleh bapanya untuk mengumpul duit raya dan wang tersebut mahu digunakan untuk membeli emas.Dia turut dimaklumkan bahawa bapa kanak-kanak itu berada di dalam kereta dan menunggu di lorong berhampiran kawasan perumahan tersebut."Anda semua rasa budak tujuh tahun reti menipu ke? Dia cakap ayah hantar untuk cari duit raya beli emas. Budak tujuh tahun kata macam tu."Serius la ada ayah hantar anak pergi beraya untuk kumpul duit. Ayah dia ada dalam kereta tengah tunggu di lorong rumah," jelasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mana-mana jalan kaki” - Niat enam beradik anak penjual colek kutip duit raya bawah panas membahang undang air mataARTIKEL BERKAITAN: “Ambil la bang, buat penuh beg saya je” - Pemuda terkedu budak pulangkan duit raya, siap ‘sedekah’ RM1!Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa simpati serta berang dengan tindakan bapa kanak-kanak lelaki berkenaan."Otak aku struggle (keliru) nak sedih atau marah."Melampau ya. Apa kata suruh bapa dia je pergi beraya jadi pengemis. Buat malu je jadi seorang bapa."Anak-anak aku nak pergi beraya dalam taman perumahan pun aku risau. Tapi sudah jadi trend dengan kawan-kawan jiran setiap tahun. Lepas kan juga la," komen beberapa netizen.Wanita luluh hati dengar tujuan sebenar budak beraya.Jemput masuk, baru tahu cerita sebenar.Budak dakwa dihantar bapa kumpul duit raya.Duit nak guna beli emas, bapa tunggu dalam kereta.Netizen simpati pada anak dan marah terhadap si bapa.Ringkasan ini dijana oleh AIHukum ibu bapa menggunakan duit raya anak-anakSituasi yang diceritakan ini boleh dikaitkan dengan persoalan mengenai hukum seorang bapa menggunakan duit raya yang merupakan hak anaknya.Perkara ini boleh dirujuk kepada penjelasan di laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa ibu bapa tidak boleh menggunakan duit raya anak-anak sesuka hati.Menurut penjelasan itu, hukum menggunakan wang berkenaan adalah haram kecuali dalam keadaan benar-benar memerlukan.Sekiranya ibu bapa menggunakan duit raya anak-anak untuk perkara yang bukan keperluan, maka mereka wajib menggantikan semula wang tersebut.