suria

Wanita jauh hati suami tergamak hina bau badan macam sinki! Geli isteri makin gemuk, hitam lepas bersalin

Segelintir wanita mengalami perubahan badan selepas melahirkan anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG suami seharusnya menghargai pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat.

Namun masih ramai lelaki yang bersikap pentingkan diri malah tidak pernah cuba memahami perasaan seorang isteri dan tergamak menghinanya.

Seorang wanita di Threads mendakwa dihina suami sendiri gara-gara mengalami perubahan fizikal yang ketara sejak dia mula berbadan dua.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa penghinaan itu masih lagi berterusan walaupun dia sedang berperang dengan emosi ketika melalui proses berpantang.

Suami sepatutnya menghargai pengorbanan isteri melahirkan zuriat. -Gambar hiasan AI

"Suami aku ini memang menyakitkan hati. Dia mengadu badan aku mula berubah. Dia kata hitam dan menggelebeh. Lepas itu dia kata muka dah tak cantik. 

"Geram aku. Jadi macam ini pun sebab mengandungkan anak dia. Dari masa mengandung lagi dia mengadu itu dan ini. Sampai dah bersalin, mulut dia masih menyakitkan perasaan aku.

"Padahal dah tunjuk video yang badan perempuan memang akan berubah bila mengandung dan bersalin. Dia masih bebal juga," tulis wanita itu.

  • Wanita sedih suami persoal perubahan fizikal sejak hamil dan bersalin.
  • Lelaki itu tak puas hati badan isterinya semakin berisi selepas bersalin.
  • Wanita itu berkata penghinaan tersebut berterusan walaupun dia sedang berpantang.
  • Netizen beri saranan agar wanita itu tidak menambah bilangan cahaya mata lagi.

Menurut wanita itu, dia juga pernah hilang sabar sehingga terpaksa bersikap biadab bagi melawan penghinaan suaminya.

"Saya sampai tunjuk jari tengah depan muka dia. Geram sangat sebab dah banyak kali. Hari itu dia cakap badan saya bau macam sinki. 

"Memang mulut dia tiada insuran. Dia membuatkan saya hilang keyakinan diri. Kadang sampai dah malas nak beri penjelasan kepadanya," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tak jumpa bukannya nak tanya khabar, tubuh gemuk yang ditegur! Wanita baru lepas bersalin terkilan sikap kawan lama

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kurus, lepas bersalin gemuk... Anak umur 7 tahun rasa bersalah jadi punca! Paksa ibu diet, buat jadual senaman ketat

Di ruangan komen, ramai pelayar Threads meluahkan rasa bengang dengan sikap suaminya, malah mereka turut memberi cadangan agar dia tidak menambah zuriat pada masa akan datang.

"Lepas ni jangan beranak lagi walaupun dia nak tambah anak. Suruh je dia beranak sendiri.

"Masa-masa pantang emosi memang sensitif, lagi-lagi bila orang terdekat tak memahami," tulis netizen.

Artikel Lain